jump to navigation

Di Bawah Lembayung Al-Quran April 22, 2011

Posted by Muslim Student Network in Kursk, Moscow, Nizhny, St Petersburg, Tazkirah, Volgograd.
add a comment

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt. Segala puji-pujian selayaknya buat Allah SWT, selawat dan salam buat kekasihNya Muhammad SAW, keluarga baginda dan sekelian umat manusia.

Alhamdulilllah, Alhamdulillah, Alhamdulillah…

“Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, Dia (Allah) memberikannya kefahaman dalam Ad-Din”

Moga Allah beri dan kekalkan kefahaman dalam memahami DinNya.

Persoalan-persoalan pokok seperti tujuan hidup, hakikat alam al-wujud, qada’, roh dan jasad telah berjaya dikupas dan dikongsi melalui daurah program pengisian bertajuk “Muqadimah fi zilail” pada 3 April lalu. Pengisian kali ini mengupas muqadimah (pendahuluan) dari kitab “Fi Zilal” (Di Bawah Lembayung al-Quran) tulisan cendekiawan Islam – Syed Qutb. Penulisan Syed Qutb ini memberi gambaran besar atau ide pokok tentang apakah sebenarnya yang cuba Al-Quran sampaikan kepada kita. Melalui pendedahan ini, diharapkan, para peserta mampu untuk memaknai dan menghayati setiap ayat sepanjang interaksi harian dengan Kitabullah – al-Quranul Karim.

Di Bawah Lindungan Al-Quran

Kesyukuran tidak terhingga dipanjatkan atas sambutan yang amat menggalakkan daripada kalangan Muslimah dari lokaliti yang berbeza. Memandangkan penyertaan yang besar, pihak penganjur telah mengambil inisiatif untuk mengadakan pengisian di lokaliti yang sama iaitu Hostel Spartiv, namun di 2 tempat yang berbeza. Walaupun tenaga kerja berganda diperlukan dengan 4 orang tenaga penyampai (2 orang penyampai bagi setiap lokasi), dan  ajk-ajk teknikal yang lain,  kelancaran program tidak terjejas, malah berjaya berlangsung mengikut perancangan awal.

Program bermula seawal 9 pagi dengan kehadiran para peserta. Usai sarapan, Fasa 1 bermula dan disampaikan oleh penyampai pertama. Fasa 2 disambung selepas makan tengahari dan solat zohor. Bagi memastikan program lebih lancar dan efektif, turut diselitkan perbincangan berkumpulan antara peserta dan fasi berdasarkan kesesuaian penyampai. Memandangkan Fasa 2 pada waktu petang, penyampai lebih selesa menerima soalan daripada peserta agar pengisian tidak terlalu rigid dan lebih kepada perbincangan dua hala.

Fasa 1 : bilik study

Alhamdulillah, program selesai pada pukul 4 petang. Walaupun setelah hampir 6 jam duduk mendengar dan menghadam, masih terpampang riak ceria dan keterujaan setelah mndapat pemahaman baru. Respon positif diterima berdasarkan maklum balas daripada para peserta.

InsyaAllah langkah susulan untuk melanjutkan lagi perbincangan mengenai tajuk ini akan diambil dalam perjumpaan kecil mingguan seterusnya. Ribuan penghargaan buat mereka yang telah berungkus-lumus menjayakan program kali ini. Moga Allah hitung dan memilih kita untuk ikhlas.

Allahu’alam.

– AJK media – 

Russia Winter Gathering 2011 February 18, 2011

Posted by Muslim Student Network in Aktiviti, Dunia Islam, Jaringan, Kursk, Moscow, Nizhny, St Petersburg, Volgograd.
4 comments

Assalammualaikum wbt

Program Jaulah Syitawiyah (Winter Gathering atau pun зимний отпуск (dalam bahasa Rusia) kali ini telah diadakan di Russia. Program yang berlangsung pada 28hb Januari sehingga 30hb Januari telah mengumpulkan seramai hampir 50 pelajar dari lima lokaliti yang berbeza iaitu Moscow, St Petersburg, Nizhny Novgorad, Volgograd dan Kursk. Kesemua daripada mereka yang menyertai Winter Gathering ini terdiri daripada pelajar-pelajar yang mengambil bidang perubatan dan Kejuruteraan.

Winter Gathering yang diadakan pada setiap tahun ini memberi peluang kepada mereka untuk berehat dan menenangkan fikiran setelah mengharungi minggu-minggu peperiksaan di samping menambah kefahaman dalam ad-deen dan berpeluang untuk merasai kelazatan dan manisnya ukhuwah sesama saudara seakidah.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan (seperti yang dipaparkan dalam video di atas). Antaranya ialah Taaruf Game, di mana para pelajar dikehendaki memperkenalkan diri melalui pantun. Aktiviti ini ternyata menambahkan keunikan dalam winter gathering kali ini. Walaupun kesemua mereka adalah pelajar aliran sains, namun masih mempunyai bakat dan kreativiti masing-masing dalam menyampaikan pantun ketika memperkenalkan diri masing-masing. Aktiviti luar juga tidak kurang hebatnya. Dalam keadaan suhu yang ekstrim, masih lagi tergambar keceriaan pada wajah mereka dalam aktiviti meluncur (snow game yang dijalankan. Aktiviti lain yang turut dijalankan adalah makan bersama-sama dalam satu dulang, sesi sharing and caring.

Meskipun aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang Зимний отпуск berbentuk games tetapi aspek kerohanian tidak diabaikan.

Pembaca pasti tertanya-tanya mengapa winter gathering kali ini dinamakan зимний отпуск?

Зимний bermaksud winter @ musim sejuk, manakala отпуск membawa maksud cuti pendek. Dari segi bahasa отпуск terdiri daripada dua patah perkataan yang berbeza iaitu от membawa maksud from @ dari dan пуск membawa maksud start @ mula. Jadi jika digabungkan от dan пуск akan memberi maksud from the beginning atau dari mula / titik mula.

Зимний отпуск memberi pengharapan kepada para peserta agar para peserta dapat meneruskan perjuangan mereka di bumi soviet yang sentiasa menguji ketahanan fizikal mahupun mental. Harungilah cabaran tersebut dengan niat yang jelas dan ikhlas kerana Allah insyaAllah.

Akhir kata, serangkap pantun buat pembaca sekalian.

Jauh mata memandang ,
yang terpandang hanyalah salji,
Indahnya ukhwah disandang,
Disandang hanyalah pada Ilahi.

Jazakumullahu khairan katheera

Promosi Summer Camp Russia 2010 May 24, 2010

Posted by Muslim Student Network in Aktiviti, Kursk, Moscow, Nizhny, St Petersburg, Volgograd.
Tags:
12 comments

(post ini telah ditetapkan sebagai sticky post. sila scroll ke bawah untuk artikel-artikel terbaru dari kami)

Program Summer Camp Russia 2010 kembali lagi sempena cuti musim panas yang akan datang.

Eid Fitri Celebration in Russia September 28, 2009

Posted by Muslim Student Network in Kursk, Moscow, Nizhny, St Petersburg, Volgograd.
add a comment

Moscow

Organized by KUMOSC & PPIM RSC Moscow

Makan-makan

Sembang-sembang

Photographying

Luck Draw

and

Nasyid Performance