jump to navigation

Di Bawah Lembayung Al-Quran April 22, 2011

Posted by Muslim Student Network in Kursk, Moscow, Nizhny, St Petersburg, Tazkirah, Volgograd.
add a comment

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt. Segala puji-pujian selayaknya buat Allah SWT, selawat dan salam buat kekasihNya Muhammad SAW, keluarga baginda dan sekelian umat manusia.

Alhamdulilllah, Alhamdulillah, Alhamdulillah…

“Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, Dia (Allah) memberikannya kefahaman dalam Ad-Din”

Moga Allah beri dan kekalkan kefahaman dalam memahami DinNya.

Persoalan-persoalan pokok seperti tujuan hidup, hakikat alam al-wujud, qada’, roh dan jasad telah berjaya dikupas dan dikongsi melalui daurah program pengisian bertajuk “Muqadimah fi zilail” pada 3 April lalu. Pengisian kali ini mengupas muqadimah (pendahuluan) dari kitab “Fi Zilal” (Di Bawah Lembayung al-Quran) tulisan cendekiawan Islam – Syed Qutb. Penulisan Syed Qutb ini memberi gambaran besar atau ide pokok tentang apakah sebenarnya yang cuba Al-Quran sampaikan kepada kita. Melalui pendedahan ini, diharapkan, para peserta mampu untuk memaknai dan menghayati setiap ayat sepanjang interaksi harian dengan Kitabullah – al-Quranul Karim.

Di Bawah Lindungan Al-Quran

Kesyukuran tidak terhingga dipanjatkan atas sambutan yang amat menggalakkan daripada kalangan Muslimah dari lokaliti yang berbeza. Memandangkan penyertaan yang besar, pihak penganjur telah mengambil inisiatif untuk mengadakan pengisian di lokaliti yang sama iaitu Hostel Spartiv, namun di 2 tempat yang berbeza. Walaupun tenaga kerja berganda diperlukan dengan 4 orang tenaga penyampai (2 orang penyampai bagi setiap lokasi), dan  ajk-ajk teknikal yang lain,  kelancaran program tidak terjejas, malah berjaya berlangsung mengikut perancangan awal.

Program bermula seawal 9 pagi dengan kehadiran para peserta. Usai sarapan, Fasa 1 bermula dan disampaikan oleh penyampai pertama. Fasa 2 disambung selepas makan tengahari dan solat zohor. Bagi memastikan program lebih lancar dan efektif, turut diselitkan perbincangan berkumpulan antara peserta dan fasi berdasarkan kesesuaian penyampai. Memandangkan Fasa 2 pada waktu petang, penyampai lebih selesa menerima soalan daripada peserta agar pengisian tidak terlalu rigid dan lebih kepada perbincangan dua hala.

Fasa 1 : bilik study

Alhamdulillah, program selesai pada pukul 4 petang. Walaupun setelah hampir 6 jam duduk mendengar dan menghadam, masih terpampang riak ceria dan keterujaan setelah mndapat pemahaman baru. Respon positif diterima berdasarkan maklum balas daripada para peserta.

InsyaAllah langkah susulan untuk melanjutkan lagi perbincangan mengenai tajuk ini akan diambil dalam perjumpaan kecil mingguan seterusnya. Ribuan penghargaan buat mereka yang telah berungkus-lumus menjayakan program kali ini. Moga Allah hitung dan memilih kita untuk ikhlas.

Allahu’alam.

– AJK media – 

Russia Winter Gathering 2011 February 18, 2011

Posted by Muslim Student Network in Aktiviti, Dunia Islam, Jaringan, Kursk, Moscow, Nizhny, St Petersburg, Volgograd.
4 comments

Assalammualaikum wbt

Program Jaulah Syitawiyah (Winter Gathering atau pun зимний отпуск (dalam bahasa Rusia) kali ini telah diadakan di Russia. Program yang berlangsung pada 28hb Januari sehingga 30hb Januari telah mengumpulkan seramai hampir 50 pelajar dari lima lokaliti yang berbeza iaitu Moscow, St Petersburg, Nizhny Novgorad, Volgograd dan Kursk. Kesemua daripada mereka yang menyertai Winter Gathering ini terdiri daripada pelajar-pelajar yang mengambil bidang perubatan dan Kejuruteraan.

Winter Gathering yang diadakan pada setiap tahun ini memberi peluang kepada mereka untuk berehat dan menenangkan fikiran setelah mengharungi minggu-minggu peperiksaan di samping menambah kefahaman dalam ad-deen dan berpeluang untuk merasai kelazatan dan manisnya ukhuwah sesama saudara seakidah.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan (seperti yang dipaparkan dalam video di atas). Antaranya ialah Taaruf Game, di mana para pelajar dikehendaki memperkenalkan diri melalui pantun. Aktiviti ini ternyata menambahkan keunikan dalam winter gathering kali ini. Walaupun kesemua mereka adalah pelajar aliran sains, namun masih mempunyai bakat dan kreativiti masing-masing dalam menyampaikan pantun ketika memperkenalkan diri masing-masing. Aktiviti luar juga tidak kurang hebatnya. Dalam keadaan suhu yang ekstrim, masih lagi tergambar keceriaan pada wajah mereka dalam aktiviti meluncur (snow game yang dijalankan. Aktiviti lain yang turut dijalankan adalah makan bersama-sama dalam satu dulang, sesi sharing and caring.

Meskipun aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang Зимний отпуск berbentuk games tetapi aspek kerohanian tidak diabaikan.

Pembaca pasti tertanya-tanya mengapa winter gathering kali ini dinamakan зимний отпуск?

Зимний bermaksud winter @ musim sejuk, manakala отпуск membawa maksud cuti pendek. Dari segi bahasa отпуск terdiri daripada dua patah perkataan yang berbeza iaitu от membawa maksud from @ dari dan пуск membawa maksud start @ mula. Jadi jika digabungkan от dan пуск akan memberi maksud from the beginning atau dari mula / titik mula.

Зимний отпуск memberi pengharapan kepada para peserta agar para peserta dapat meneruskan perjuangan mereka di bumi soviet yang sentiasa menguji ketahanan fizikal mahupun mental. Harungilah cabaran tersebut dengan niat yang jelas dan ikhlas kerana Allah insyaAllah.

Akhir kata, serangkap pantun buat pembaca sekalian.

Jauh mata memandang ,
yang terpandang hanyalah salji,
Indahnya ukhwah disandang,
Disandang hanyalah pada Ilahi.

Jazakumullahu khairan katheera

Promosi Summer Camp Russia 2010 May 24, 2010

Posted by Muslim Student Network in Aktiviti, Kursk, Moscow, Nizhny, St Petersburg, Volgograd.
Tags:
12 comments

(post ini telah ditetapkan sebagai sticky post. sila scroll ke bawah untuk artikel-artikel terbaru dari kami)

Program Summer Camp Russia 2010 kembali lagi sempena cuti musim panas yang akan datang.

Circles of Remembrance = Circles of Jannah :) April 22, 2010

Posted by Muslim Student Network in Aktiviti, Nizhny.
Tags:
add a comment

From BTK PPIM RSC Nizhny…

tadabbur1

“Duduklah bersama kami, kita beriman sejenak…” =)

iklan-bedah-buku

Muslimah Day 2010 in Nizhny March 27, 2010

Posted by Muslim Student Network in Aktiviti, Nizhny.
Tags:
add a comment

MUSLIMAH DAY

Kekuatan Dalam Kelembutan

Tarikh : 20-21 Mac 2010

Pada hujung minggu yang lepas Biro Tarbiyah & Kerohanian PPIM RSC Nizhny telah menganjurkan MUSLIMAH DAY di sekitar Hostel penempatan para pelajar di Nizhny. Bertemakan ‘Kekuatan Dalam Kelembutan’, program dua hari ini telah menghimpunkan seluruh pelajar Muslimah perempuan di Nizhny dan dimeriahkan serta diceriakan dengan pelbagai aktiviti yang menarik.

Baca lanjut di http://btk.nizhny.imamrsc.com/

Jaulah Syitawiyyah 2010 February 28, 2010

Posted by Muslim Student Network in Aktiviti, Moscow, Nizhny, Volgograd.
add a comment

Group of muslim students from all parts of Russia had a most memorable and exciting Winter Gathering during their holidays in Europe…

Part 1

Part 2

2nd IMAM RSC Medical Symposium January 10, 2010

Posted by Muslim Student Network in Aktiviti, Moscow, Nizhny.
add a comment

Alhamdulillah.

Minggu lepas telah berlangsungnya satu event yang besar dan ulung kalinya diadakan di Rusia ini oleh para pelajar Islam yang menuntut di universiti-univerisiti perubatan di sini.

Program medical symposium yang dianjurkan oleh IMAM RSC (Persatuan Perubatan Islam Malaysia Student Chapter) itu telah berlangsung pada 1hb dan 2hb Januari (di Moscow), 3-5 Januari (di Volgograd) dan 6-7 Januari di Nizhny Novgorad.

Kehadiran dua orang Professor yang telah diterbang khas dari Malaysia iaitu Assoc Prof Ikram dan Dr Amaluddin telah memberi kesan dan manfaat yang sangat berguna untuk para pelajar di sini.

Bertemakan ‘Towards Professional Muslim”,  para pelajar bukan sahaja didedahkan dengan pelbagai info dan pengalaman dalam dunai perubatan itu, malah dapat juga mengambil semangat dan tauladan daripada apa yang telah dibentangkan oleh kedua-dua penceramah jemputan itu.

Insya Allah, moga-moga program seperti ini dapat diadakan lagi pada tahun-tahun yang akan datang oleh IMAM RSC.

Tahniah diucapkan!

Bulan Fiqh Islami – Nizhny 2009 November 1, 2009

Posted by Muslim Student Network in Aktiviti, Nizhny.
add a comment

Organized by : IMAM RSC Nizhny

November 2009

Derma Palestin 2009 October 10, 2009

Posted by Muslim Student Network in Moscow, Nizhny, Volgograd.
add a comment

1) Kutipan di Nizhny Novgorad

Dianjurkan oleh : IMAM RSC Nizhny

Alhamdulillah, derma yang dikumpulkan oleh kita telah sampai kepada pihak HAMAS di Damsyik, Syria. Derma berjumlah USD 1 260 diserahkan oleh Abu Ubaidah, pelajar jurusan Syariah Islamiah di Universiti Fattah Islami, Damsyik kepada wakil HAMAS, Syeikh Ziyad, Ketua Koordinator Bahagian Bantuan Gaza, HAMAS di sana. Mudah-mudahan ALlah s.w.t memberkati kita semua di atas usaha kecil yang kita lakukan.

resit husni

( Resit yang diberikan oleh pihak HAMAS )

DSC00041

( Abu Ubaidah menyerahkan derma Nizhny kepada wakil HAMAS )

* Masih terdapat derma berbaki 500rub yang lewat dikumpulkan & tidak dapat disalurkan kepada pihak HAMAS. Wang ini akan digunakan untuk membeli karpet bagi kegunaan solat berjemaah di Hostel 3.

from : weblog IMAM RSC Nizhny (5th May 2009)

2) Kutipan di Moscow

Dianjurkan oleh : IMAM RSC Moscow

Berikut dipaparkan tentang jumlah kutipan dan penyaluran wang tersebut :

Kutipan Semasa

= 3346. 82 rubles


Jumlah Kutipan Keseluruhan

= 98 375. 82 rubles

Kutipan sebelum ini telah disalurkan melalui :

1) PACE (Palestine Centre of Excellence)

– EUR 710

– RM 780

2) Wakil HAMAS di Mesir

– EUR 560

– USD 50

3) Wakil HAMAS ke Malaysia

– EUR 700

– USD 120

from : weblog Nowwhytwo Mosocw

Eid Fitri Celebration in Russia September 28, 2009

Posted by Muslim Student Network in Kursk, Moscow, Nizhny, St Petersburg, Volgograd.
add a comment

Moscow

Organized by KUMOSC & PPIM RSC Moscow

Makan-makan

Sembang-sembang

Photographying

Luck Draw

and

Nasyid Performance