jump to navigation

Memoir Di Tanah Ditarbiyah September 2, 2010

Posted by Muslim Student Network in Artikel Pilihan, Tazkirah, Volgograd.
add a comment

Sebuah coretan khas buat kalian yang bakal memulakan semester baru di bumi Russia. Semoga menjadi bekalan yang menghidupkan hamasah yang hebat! (dipetik dari http://aizadiha.blogdrive.com/)

Dicatat sebagai peringatan aku kepada sebuah tempat yang mengajar aku tujuan hidup..

3tahun lepas yang saya tidak ingat tarikhnya, ketika itu senja baru berlabuh walaupun jam sudah menunjukkan 9malam..summer, lebih kurang tarikh macam sekarang mungkin. Hari hampir gelap tapi masih ada saki baki cahaya di kaki langit,ditambah pula dengan lampu jalan yang samar-samar.

Seorang sahibah teringin membeli air mineral, musim exam kan. Tanah pun dah lama tak dijejak, air masak di rumah tak bisa menghilangkan haus di tekak malah menyakitkan ada.  Tak jauh pun produkti (kedai runcit) tu, sekangkang kera je.. tapi hari pun dah gelap,risau pula beliau pergi sendiri.

“Tak apalah, meh saya teman”

Maka kami pun meredah kegelapan berdua..sampai depan produkti, aiseyh tutup pukul 9pm pula. “Tak apalah, jom kita jalan depan sikit.Sana ada supermarket”..

Nak dijadikan cerita, izin Allah…

Perjalanan pun jadi jauh sedikit, maka by the time kami berjalan pulang jarum pendek jam sudah menjejak di angka 10. Gelap sedikit. Melalui lorong depan apartment, kami berdua berborak sakan. Suara saya lah paling kuat,jalan pula di tengah-tengah macam jalan bapak dia punya,hehe..

Tiba-tiba,sahibah saya bersuara… “awak,tepi sikit. Ada orang nak lalu..”

Secara automatik kepala saya terpusing ke belakang, dari ekor mata berupaya menangkap sosok 5 remaja lelaki belasan tahun sedang jalan sebaris menutupi seluruh lorong. Terus saya bergerak sedikit ke tepi memberi  ruang. Berdebar sedikit, gaya mereka semua serba hitam.. jalan pula macam nak masuk gelanggang berjumpa musuh.Mereka terus mendekati sehingga betul2 dibelakang saya. Adus,cepatlah lalu..

Tiba-tiba. Terasa seperti bahagian hadapan baju saya direntap oleh tangan seorang lelaki. Badan saya ditarik dan dirapatkan ke badannya..saya keliru.Muka tertunduk sahaja sebab blur.Kemudian terdengar sahabat saya menjerit2 “jangan ambil dia!~” (kenapa bahasa melayu?) sambil cubaan merampas saya dari lelaki tadi. Terus, perbuatan tersebut menimbulkan kemarahannya..dan kesemua mereka berlima bergilir2 menumbuk,flying kick,back kick,side kick,scissors kick.. 2gadis berhijab yang tak berupaya buat apa-apa. Kami dibelasahi sampai terjatuh, suara tangisan terdengar tapi -apa mereka kesah? Paling jelas di ingatan saya suaranya menyebut “eta di tvoya strana!”  (it’s not your country!)..

Semuanya berlaku dengan cepat sekali.

Sedar-sedar,mereka berlima meninggalkan kami di atas tanah selepas seorang makcik tua berjalan ke arah kami. Saya ingat kena pergi hospital dah waktu tu. Habis laa.. masuk berita lah ni, patah riuk la aku ni, mati dah ke aku ni?

Ehe..alhamdulillah,alhamdulillah..Allah masih mempertahankan kami. Saya sedikit pelik waktu tu sebabnya, badan saya tak rasa sakit pun. Tak faham..tadi macam semangat je diorang mencurahkan tenaga. Selepas mengumpul kekuatan, kami berdua bangun menuju ke rumah..(lagi beberapa langkah sahaja ke depan pintu rumah). Kedua-dua terdiam tanpa kata. Naik ke atas, tanpa bertegur dengan housemates terus berdua masuk ke bilik air.. meraung! Oh, bukan sebab sakit, tetapi geram yang teramat sangat sebab kami dikalahkan tanpa diberi peluang mempertahankan diri! Al-maklumlah, kedua-dua pun ahli silat, jadi kekalahan tak masuk dalam kamus hidup kami (haha,padahal banyak kali je lebam dan patah jari akibat sparing)..

Selepas menangis, tahulah saya. ketika dibelasah tadi..sahabat saya telah memeluk saya.. dan disebabkan diri ini agak kecil sedikit berbanding diri beliau yang tinggi..maka kurang lebih sepakan mereka tak hinggap pun atas badan saya yang berada dalam dakapan sahabat. Subhanallah..mulianya hatimu teman. Kesian dia, esoknya ke kelas dengan mata lebam sebelah (pernah ke budak perempuan mata lebam sebelah,hehe) dan sakit2 badan.

Begitulah cerita yang berlaku tidak berapa lama yang lepas. Ia tidaklah signifikan mana, bukan juga memoir buruk dalam hidupku sebagai perantau, kerana yang lebih penting aku ingin ceritakan di sini.. adalah mawar yang telah tumbuh dalam hatiku sebagai pengubat segala kesusahahan selama 6 tahun aku di sana. Mawar, yang tumbuhnya menghidupkan dan mendamaikan seluruh perasaan sesiapa yang merindui Allah..

Terasa dekat segala-galanya dengan aku. Kini, aku di airport menunggu masa untuk meninggalkan tanah soviet yang pernah mencatat sejarah paling indah dalam kamus kehidupan seorang Aizadiha… ye teman.. kini aku bergelar doktor, perjalanan hidup kini diteruskan bukan lagi di negara orang, tapi di tempat sendiri.Hrm, it’s not your country..

Masih panas jeritan itu di gegendang telingaku..

Kalaulah boleh aku katakan pada mereka-ya ini memang bukan negaraku, bukan tanah tumpah darahku.. tapi ini tanah kepunyaan Tuhanku (dan Tuhanmu), sedangkan tempat ditumbuk lagi dikenang,apatah lagi tanah ditarbiyah!

Negara rusia ini sudah lama sedih ok! Kerana kamu semua meng-komuniskan ia, kamu merosakkan muka buminya.. dengan hutan jahiliyyah, dengan lautan arak, malah menganggu alam ini bertasbih kepada Ilah al-wahid ketika kamu bising menyanyikan dan menarikan lagu2 iblis.

Alhamdulillah,islam telah hadir.. Allah menghantar tentera2nya dari bumi yang kecil (yang kamu tidak tahu namanya) Malaysia untuk mengislahkan tanah ini dan mengizzahkan islam di sini. Alangkah indah perancangan Allah.. 6tahun lepas ketika aku memijak bumi rusia ini, ia masih gersang dan islam masih asing.

Kini..subhanallah.. ramainya wanita muslimah berhijab! Ramainya para duat bertahan kemas hatinya dan teguh langkahnya. Oleh itu,kamu..yang memukulku 3tahun lepas.. bersedialah menerima cahaya islam yang bakal menerangi seluruh bumi itu nanti. Janji Allah yang pasti..dan aku akan tetap menyayangi tanah itu sebagai rumah keduaku, tempat berteduhnya anak-anakku tercinta  yang dahaga ilmu dan tarbiyah..

Adik-adik yang dikasihi..pelapis dakwah..

Baru 9jam meninggalkan kalian tapi hati ini sudah terlalu rindu. Banyak kali aku melayarkan sms pada adik2 ku sehingga ada yang bertanya “kenapa ni kak?Asik rindu je”

Rindu fillah.. rindu lillah.. hebatnya kuasa Allah yang menyatukan hati kita kemudian Dia pisahkan kita begini. Gambar2 kalian diulang-ulang lihat, video kita diulang2 tayang.. kalaulah boleh selamanya memeluk kalian dengan erat, akan akak buat. Tapi itu bukan kehendak Allah. KehendakNya,kita kembali ke tempat asal kita yang menjadi medan sebenar tanggungjawab pengkhalifahan ini. Adik-adik harus kuat, agar kami juga semakin kuat mendapat hamasah kamu semua..

yaAllah,,rindunya..

bumi itu kini sedang basah.. oh,aku rindu bau hujan itu. Status fb seorang adik “Di kala mereka pergi maka datanglah hujan berserta petir dan guruh..menyejukkan hari2 yang panas sebelum ini..”.. subhanallah.. rupanya alam turut bertasbih dan basah sepertimana basahnya mata2 kita hari ini kerana cinta yang menerbitkan halawatul iman..p/s:jangan disia2kan air mata itu!

Teringat hari2 kita berusrah..di Qalam,di restoran-yakitoriya..kazan…kolibri.., picnic di mamaev,di tebing Volga, petang2 bermain rollerblade dan frisbee, berendam dalam sungai Volga yang sejuk…  sambil mentadabbur alam dan membasahkan ruh..sebagai bekalan perjalanan yang masih jauh.

Terasa sangat bertuah kerana Allah memberi peluang untuk berkenalan dengan kalian semua..adik2 ku yang disayangi sepenuh hati. Kalianlah dorongan,kalianlah inspirasi. Teruskanlah apa yang sudah dimulakan agar rantaian tarbiyah ini terus bersambung hingga generasi seterusnya…dan seterusnya.

Adik-adik,

Jagalah Iman,jagalah ukhuwwah..dakwah kita,dakwah kasih sayang. Lantaran itu akak sangat sayang dengan kamu semua..berhenti menangis, kerana pertemuan & perpisahan kerana Allah itu sumber kekuatan orang berjuang. Bacalah quran selalu,kerana setiap kali itu kalian akan dapat semangat baru untuk meneruskan dakwah..

Salam penuh cinta,rindu dan kasih

Advertisements

All the Best! June 1, 2010

Posted by Muslim Student Network in Artikel Pilihan.
Tags:
1 comment so far

We warmly wish you

…Bittaufiq wannajah fil imtihan…

Hai manusia, sesungguhnya kamu telah bekerja bersungguh-sungguh menuju Tuhanmu, maka pasti kamu akan menemuinya (84:6)

~by Muslim Circle~

Tak Nak Rokok lagi ! May 29, 2010

Posted by Muslim Student Network in Artikel Pilihan.
Tags:
add a comment

-World No Tobacco Day is observed around the world every year on May 31-

Jangan merokok kerana banyak kesan-kesan buruk akibat dari tabiat merokok dan benda-benda yang berada di dalam rokok itu sendiri.

Adakah kita tidak mahu untuk sihat sepanjang hayat? Merokok meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda untuk mendapat 40 jenis penyakit serius seperti kanser paru-paru, penyakit jantung dan angin ahmar atau strok. Merokok boleh memberi kesan kepada hampir setiap organ dan tisu badan.

Mengapa saya harus berhenti merokok?

a) Merokok memberi keburukan kepada semua orang, sama ada dirinya sendiri mahupun kepada orang lain. Ia tidak memberi kebaikan kerana:

– Merokok memberi kesan buruk kepada orang di sekeliling anda terutama ahli keluarga.
– Ibu yang mengandung boleh melahirkan anak tidak cukup bulan, kurang berat badan atau mati selepas lahir.
– Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh menyebabkannya :

1) Sering sakit dengan mengalami batuk-batuk, selsema serta jangkitan telinga, hidung dan tekak.
2) Mengalami perkembangan paru-paru yang lemah
3) Mendapat asma


Apakah faedah yang diperolehi dengan berhenti merokok?

– Keputusan untuk berhenti merokok adalah untuk kebaikan diri sendiri dan kesihatan keluarga anda.
Faedah-faedah yang diperolehi dengan berhenti merokok ialah:

1) Panjang umur – Satu dari dua perokok akan mati lebih awal disebabkan penyakit berkaitan merokok. Merokok membunuh hampir 5 ribu rakyat Malaysia setiap tahun.

2) Mengelakkan dari bahan-bahan berbahaya – Asap rokok mengandungi hampir 4,000 bahan kimia dan 50 daripadanya boleh menyebabkan kanser.

3) Mencegah penyakit – Hampir 40 jenis penyakit yang berkait dengan merokok. Kanser paru-paru, sakit jantung, penyakit paru-paru yang kronik,strok dan ulser di bahagian lapisan kulit perut adalah antara penyakit-penyakit bahaya akibat tabiat merokok

4) Kehidupan yang lebih sihat – Mereka yang tidak merokok kurang mendapat batuk, selsema dan lain-lain penyakit pernafasan berbanding dengan perokok

5) Mencegah daripada mendatangkan keburukan kepada orang lain – bila anda merokok, ia memberi kesan kepada orang di sekeliling anda, di mana asap rokok tersebut boleh mendatangkan serangan asma dan lain-lain penyakit berkaitan dengan pernafasan (more…)

Ada Apa Dengan Usrah? May 27, 2010

Posted by Muslim Student Network in Artikel Pilihan.
Tags:
1 comment so far

Usrah. Satu perkataan yang tidak lagi ganjil di kalangan orang yang sudah terlibat dengan apa-apa persatuan atau gerakan Islam. Pernah suatu ketika dahulu ia merupakan satu perkataan yang menimbulkan bermacam-macam persoalan dan sesiapa yang mengikutinya dianggap sebagai orang-orang yang merancang kejahatan (baca: aktiviti underground). Mungkin juga sekarang, ada sesetengah tempat yang masih lagi mempunyai inersia yang sedemikian tetapi di kebanyakan tempat ia sudah menjadi satu perkataan yang lazim dan begitu sinonim dengan badan-badan Islamik.

Rehlah Russia

Gambar Hiasan (Source : IMAM Moscow)

Persoalannya, ada apa dengan usrah?

Buat mereka yang ada latar belakang Islamik, yang ibu bapa mereka giat di dalam aktiviti-aktiviti Islam maka mereka mungkin sudah mengetahui apakah usrah. Tetapi buat sebahagian besar dari yang lainnya itu, di tempat-tempat mereka mengenali wadah Islamlah tempat mereka mengenali apakah itu usrah. Itupun bernasib baik jika dipanggil sebagai usrah, adakalanya sesetengah tempat menggunakan nama-nama lain seperti Halaqah al-Qur’an (HAQ), Majlis Diskusi Pelajar (MDP) dan lain-lain lagi.

Bagi ramai, mereka memahami bahawa usrah itu adalah perjumpaan mingguan yang bertujuan untuk menambah ilmu pengetahuan dan meningkatkan iman di masa-masa yang lapang. Andaikata masa tersebut lapang, maka insya Allah dia akan menyertai. Tetapi jika ada hal lain, haa… “Saya fikir-fikir dulu ye bang?” biasa lah tu.

Tetapi…

(more…)

Meruntuh dan Membina May 24, 2010

Posted by Muslim Student Network in Artikel Pilihan.
Tags:
2 comments

Bila hati berkata-kata…

“Islam itu bersifat meruntuh dan membina. Ia meruntuhkan kejahatan JAHILIYYAH dan kemudian ia membina kerikil TAUHID.Untuk menundukkan jahiliyyah, ia memerlukan senjata TARBIYYAH,”

“Untuk menggenggam TARBIYAH, memang tidak mudah, memang payah.”

“Biarlah orang kata jalan TARBIYAH itu lambat dan perlahan. Kerana jalan tarbiyah dan dakwah bukan seperti lebuh raya yang lebar dan selesa, apatah lagi ditaburi bunga. Tidak sama sekali!”

Bukan jalan mudah

“Oleh itu,jangan pernah mengalah. Kerana jalan tarbiyah  bukan jalan untuk kalah. Kita berada di jalan ini adalah untuk menang. Menang pada timbangan Allah.”

كَتَبَ اللَّهُ لاّغْلِبَنَّ أَنَاْ وَرُسُلِى إِنَّ اللَّهَ قَوِىٌّ عَزِيزٌ

(Al mujadilah: 21)

Allah telah menetapkan ” Allah dan rasul-rasulKu pasti menang. Sungguh Allah Maha Kuat, Maha Perkasa.

Rijal vs Rijlun May 24, 2010

Posted by Muslim Student Network in Artikel Pilihan.
Tags:
add a comment

Bismillahirrahrrahmanirrahim..

Dengan nama Allah kita mulai segala-galanya.

Ya. Setiap daripada kita punya jahiliyah/tabiat buruk/kelemahan masing-masing. Dengan solatnya tak khusyu’ mana, dengan isu pergaulan dengan ajnabi, dengan membazir masanya.

Tapi dengan izin dan rahmat Allah, Allah pilih kita untuk menjadi para rijal (pemuda) yang peduli ummah. Apatah lagi dalam keadaan yang lagi ramai rijlun (kaki) dari rijal. Kaki (rijlun) rempit, kaki motor, kaki judi, kaki arak, kaki konsol, kaki TV, kaki Wii, kaki PS, kaki manga, kaki komik, kaki awek, kaki betina, kaki anime, kaki lepak, kaki pukul, kaki buli, kaki game.

Dengan penuh kekurangan kita, Allah memiilih kita untuk menjadi para rijal (pemuda) yang peduli ummah. Kita bengang-berang-mengamuk bila betting/judi badminton jadi legal di Malaysia. Sebab tu kalah Piala Thomas sebab tak berkat. Kita bengang-berang-marah bila negara Malaysia yang konon beragama rasmi Islam tidak menepati ciri-ciri Islami yang kita nak. Sekali lagi, sebab tu kalah Piala Thomas sebab match waktu Maghrib sampai ramai miss solat. Kita-bengang-berang-mengamuk itu dan ini.

(more…)

Generasi Rabbani May 22, 2010

Posted by Muslim Student Network in Artikel Pilihan.
Tags:
add a comment

Ubai bin Ka’ab r.a. menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. telah mengutusnya ke suatu daerah di Madinah untuk memungut zakat harta dari penduduknya. Ikuti kisahnya dalam melaksanakan misi tersebut:

Aku mengunjungi seorang lelaki dan meminta supaya ditunjukkan senarai harta yang ada padanya. Setelah membuat kiraan, maka aku mendapati dia hanya wajib membayar zakat sebanyak seekor anak unta. Lalu aku berkata kepadanya: “Serahkan kepadaku seekor anak unta. Ia merupakan sedekah yang wajib (zakat) ke atas kamu”.

Lelaki itu menjawab: “Anak unta masih kecil. Ia belum mengeluarkan susu dan belum boleh ditunggangi. Ini untaku yang telah cukup umur, besar dan gemuk. Ambillah yang ini”.

Aku menjawab: “Aku sekali-kali tidak akan mengambil lebih daripada apa yang diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. kepadaku. Di sana Rasulullah s.a.w. tidak jauh dari tempatmu. Jika kamu mahu menemuinya dan menawarkan apa yang kamu tawarkan kepadaku itu, lakukanlah!

Sekiranya baginda terima tawaranmu, aku terima. Jika baginda menolak, maka aku juga menolaknya”.

Lelaki itu berkata: “Bawalah aku bertemu Rasulullah s.a.w.”

Dia mengikutiku bertemu Rasulullah s.a.w. dengan membawa bersama unta yang ditawarkan kepadaku. Setelah sampai, dia berkata kepada baginda: “Wahai Nabi Allah, aku didatangi utusanmu untuk mengambil zakat hartaku. Demi Allah! Sesungguhnya tidak pernah datang seorang Nabi atau utusan Nabi sebelum ini untuk mengambil zakat daripada hartaku. Maka aku telah senaraikan semua harta milikku dan tunjukkan kepadanya. Dia memberitahuku bahawa aku wajib membayar seekor anak unta yang tiada susu dan tiada layak untuk ditunggangi. Tetapi aku minta supaya dia ambil untaku ini yang telah cukup umur, yang besar dan gemuk. Dia tidak mahu mengambilnya. Sekarang aku datang untuk menyerahkannya kepadamu, ambillah daripadaku ya Rasulullah!”

Baginda bersabda: “Memang apa yang dikatakannya itulah yang wajib ke atas kamu. Tetapi sekiranya kamu secara sukarela mahu memberi yang lebih baik, Allah akan memberi ganjaran pahala kepadamu dan kami menerima pemberianmu itu”.

Lelaki itu berkata: “Inilah untaku ya Rasulullah. Ambillah!”

Maka Rasulullah s.a.w. perintahkan supaya diambil untanya sambil baginda mendoakan keberkatan untuknya dan hartanya.

(Riwayat Ahmad, Abu Daud dan al-Hakim)

Puisi Sheikh Yusuf al-Qardhawi May 22, 2010

Posted by Muslim Student Network in Artikel Pilihan.
add a comment

Demi Allah! Kezaliman tidak mungkin mengalahkan dakwah walaupun sehari
Sejarah membuktikan benarnya sumpahku ini
Ikatlah tanganku dengan besi berduri
Pukullah tulangku dengan tongkat dan tali
Tetaklah tengkukku dengan pisau belati

Tidak mungkin mereka berjaya membelenggu fikrahku walaupun sedetik
Atau mencabut imanku dan memadam cahaya keyakinanku

Cahaya itu berada di dalam qalbuku
Dan qalbuku berada di dalam genggaman Tuhanku
Tuhanku penolongku dan pembantuku
Aku akan terus hidup bergantung pada tali imanku
Dan mati dengan senyuman
Demi dinku hidup dan berkembang

Perang Pemikiran (part 1) May 21, 2010

Posted by Muslim Student Network in Artikel Pilihan.
Tags: ,
add a comment


..Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah,  Penguasa sekalian makhluk… kerana rahmat dan izinNya, diri ini masih lagi dapat berdiri, berjalan, berlari dengan baik… melihat, mendegar, menghidu dan merasa dengan baik… dan syukur alhamdulillah diberi nikmat ruang dan masa untuk menulis serba sedikit peringatan untuk dijadikan pengajaran dan teladan kita bersama insyaAllah.

Ghozwul fikri, atau ‘perang pemikiran’ telah muncul selepas tamatnya Perang Salib VII yang diketuai oleh Louis IX. Ketika itu dia berkata, “Kita sama-sama menjalani pertarungan yang panjang antara Islam dan Barat. Tidak mungkin kita menghancurkan Islam kerana Islam memiliki cara peperangan yang bernama jihad fisabilillah. Selama masih ada jihad ini pada diri umat islam, maka mereka tidak akan pernah kita kalahkan. Oleh itu kita harus membuat penyimpangan pengertian dan mengecilkan makna jihad dalam diri umat Islam”.

Maka sejak itulah Barat telah bersepakat untuk melancarkan ghozwul fikri terhadap umat Islam dengan berbagai macam kekuatan dan sarana yang mereka miliki. Fenomena perang pemikiran merupakan bahagian yang tidak dapat dipisahkan dari rencana Barat untuk menghancurkan Islam.

Apakah kepentingan mengetahui ghozwul fikri (GF) ???
1. Merupakan perintah syariat untuk waspada terhadap gerakan musuh
2. Agar kaum muslimin menyedari tentang adanya serangkaian tipu daya yang dilakukan oleh musuh, sebelum mereka menghancurkan islam
3. Kewajipan kita untuk mempersiapkan kekuatan yang daapt mengimbangi musuh
4. Sebagai usaha untuk menilai kekuatan musuh

Ada tiga strategi yang dilakukan musuh-musuh Islam dalam melancarkan Ghazwul Fikri:

  • Ibti’adul muslim andinihi, menjauhkan umat Islam dari agamanya.
  • Ikhrajul muslim andinihi, mengeluarkan umat Islam dari agamanya.
  • Tamziqul ummatul Islamiyah

Setelah umat Islam jauh dari agamanya, barulah mereka mengadakan peperangan massa secara terbuka terhadap umat Islam.

Apakah kepentingan mempelajari GF ???
Ghozwul fikri merupakan lanjutan dari perang ketenteraan, politik, ekonomi yang terus-menerus dilancarkan oleh musuh-musuh Islam. Musuh yang kita hadapi dalam perang pemikiran kurang jelas kelihatan. Padahal ghozwul fikri berlaku pada setiap saat, maka oleh sebab itu kita perlu memahaminya.

(more…)

Satu kiblat yang sama May 20, 2010

Posted by Muslim Student Network in Artikel Pilihan.
Tags:
add a comment

Muka, dianggap sebuah kemuliaan di mata manusia. Manusia sanggup mengeluarkan ribuan malah ratusan ribu ringgit untuk menjaga 4 lapisan derma itu. Pelbagai produk kecantikan dari penjagaan kulit, kosmetik dan sebagainya, tidak akan wujud jika manusia tidak memandang kepada kecantikan muka. Ianya sebuah kebanggaan, maruah kepada individu.

Dalam fanatisme menjaga kecantikan, kemuliaan dan maruah muka, rambut dan kepala, manusia-manusia ini pelik golongan yang dibicarakan Allah dalam surah al-fath, ayat yang terakhir:

“Muhammad adalah utusan Allah, dan orang-orang yang bersamanya bersikap keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka. Kamu melihat mereka rukuk dan sujud mencari karunia Allah dan keridhaanNya. Pada dahi mereka tampak tanda-tanda bekas-bekas sujud…”

Alangkah ajaibnya golongan ini. Tatkala orang menjaga kemuliaan mereka, mereka ini adalah orang-orang yang menghinakan diri. Orang-orang ini sangat rajin sujud dan rukuk, dan jelas di dahi mereka tanda-tanda sentuhan dahi mereka dengan bumi yang hina.

Kepala yang begitu mulia, hingga boleh tercetusnya perang hanya dengan tolak menolak kepala. Tapi, orang islam, dengan primitifnya, meletakkan darjatnya setaraf dengan lantai. Bahkan kambing dan lembu tidak meletakkan kening mereka di atas lantai, betapa mereka menghinakan diri.

Namun, itulah hakikat bagaimana orang-orang beriman menunjukkan kehambaan mereka kepada Allah. Mereka bahkan meletakkan diri mereka sehina-hinanya, tanpa sebarang kelebihan atau samarata antara mereka dengan pencipta mereka. Tonggek dan sujud mereka untuk membuktikan untuk menunjukkan, betapa mereka merasa Tuhan mereka itu tidak terjangkau besarnya dan agung berbanding mereka. Lafaz ketika sujud juga mengagungkan Tuhan dan menghinakan diri.

Kaum-kaum yang berpaling, pasti akan pelik dan ragu-ragu terhadap orang-orang mukmin. Betapa jauh mereka daripada rasa kehambaan dengan Tuhan mereka. Mereka tidak akan pernah sanggup walau tunduk menghadap Tuhan yang agung. Jiwa mereka sombong, bongkak umpama Iblis yang belot.

Orang-orang kafir, menganggap orang-orang beriman hina, kerana mereka menghinakan diri. Ternyata mereka silap! (more…)