jump to navigation

Di Bawah Lembayung Al-Quran April 22, 2011

Posted by Muslim Student Network in Kursk, Moscow, Nizhny, St Petersburg, Tazkirah, Volgograd.
add a comment

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt. Segala puji-pujian selayaknya buat Allah SWT, selawat dan salam buat kekasihNya Muhammad SAW, keluarga baginda dan sekelian umat manusia.

Alhamdulilllah, Alhamdulillah, Alhamdulillah…

“Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, Dia (Allah) memberikannya kefahaman dalam Ad-Din”

Moga Allah beri dan kekalkan kefahaman dalam memahami DinNya.

Persoalan-persoalan pokok seperti tujuan hidup, hakikat alam al-wujud, qada’, roh dan jasad telah berjaya dikupas dan dikongsi melalui daurah program pengisian bertajuk “Muqadimah fi zilail” pada 3 April lalu. Pengisian kali ini mengupas muqadimah (pendahuluan) dari kitab “Fi Zilal” (Di Bawah Lembayung al-Quran) tulisan cendekiawan Islam – Syed Qutb. Penulisan Syed Qutb ini memberi gambaran besar atau ide pokok tentang apakah sebenarnya yang cuba Al-Quran sampaikan kepada kita. Melalui pendedahan ini, diharapkan, para peserta mampu untuk memaknai dan menghayati setiap ayat sepanjang interaksi harian dengan Kitabullah – al-Quranul Karim.

Di Bawah Lindungan Al-Quran

Kesyukuran tidak terhingga dipanjatkan atas sambutan yang amat menggalakkan daripada kalangan Muslimah dari lokaliti yang berbeza. Memandangkan penyertaan yang besar, pihak penganjur telah mengambil inisiatif untuk mengadakan pengisian di lokaliti yang sama iaitu Hostel Spartiv, namun di 2 tempat yang berbeza. Walaupun tenaga kerja berganda diperlukan dengan 4 orang tenaga penyampai (2 orang penyampai bagi setiap lokasi), dan  ajk-ajk teknikal yang lain,  kelancaran program tidak terjejas, malah berjaya berlangsung mengikut perancangan awal.

Program bermula seawal 9 pagi dengan kehadiran para peserta. Usai sarapan, Fasa 1 bermula dan disampaikan oleh penyampai pertama. Fasa 2 disambung selepas makan tengahari dan solat zohor. Bagi memastikan program lebih lancar dan efektif, turut diselitkan perbincangan berkumpulan antara peserta dan fasi berdasarkan kesesuaian penyampai. Memandangkan Fasa 2 pada waktu petang, penyampai lebih selesa menerima soalan daripada peserta agar pengisian tidak terlalu rigid dan lebih kepada perbincangan dua hala.

Fasa 1 : bilik study

Alhamdulillah, program selesai pada pukul 4 petang. Walaupun setelah hampir 6 jam duduk mendengar dan menghadam, masih terpampang riak ceria dan keterujaan setelah mndapat pemahaman baru. Respon positif diterima berdasarkan maklum balas daripada para peserta.

InsyaAllah langkah susulan untuk melanjutkan lagi perbincangan mengenai tajuk ini akan diambil dalam perjumpaan kecil mingguan seterusnya. Ribuan penghargaan buat mereka yang telah berungkus-lumus menjayakan program kali ini. Moga Allah hitung dan memilih kita untuk ikhlas.

Allahu’alam.

– AJK media – 

Sambutan Maulidurrasul March 7, 2011

Posted by Muslim Student Network in Advertistment, Aktiviti, Dunia Islam, Jaringan, Moscow.
add a comment

Kecintaan yang amat mendalam terhadap Rasul kesayangan, Muhammad SAW telah memanggil hati-hati pelajar-pelajar yang kini sedang menuntut di tiga buah universiti (MSMU, RSMU, MAI) untuk turut serta dalam sambutan Maulidurrasul yang dianjurkan oleh Persatuan Perubatan Islam Malaysia semalam, 6hb Mac 2011.

Program yang berlangsung selama hampir separuh hari tersebut telah memuatkan pelbagai aktiviti yang menarik. Antaranya ialah bacaan ayat-ayat suci Al-Quran daripada saudara Syafiq Khalil dan perkongsian mengenai konsep kewujudan rasul dan pengutusannya kepada manusia yang telah dihurai dengan baik sekali oleh saudara Nabil Halim, pelajar tahun ke-4 MSMU. Acara pada pagi tersebut dihiburkan dengan persembahan video temuramah beberapa orang pelajar daripada Kita Production.(pautan di bawah)

Tidak cukup dengan itu, acara berlansung dengan satu lagi persembahan filem pendek yang bertajuk “Aku juga sayang Rasul” hasil dari Kita Production (pautan di bawah)

Selain persembahan video, para peserta telah diperdengarkan dengan bacaan sajak yang amat indah, yang dibacakan oleh saudara Faiq Mukhtar. (pautan di bawah)

Antara aktiviti-aktiviti lain yang diadakan pada hari tersebut ialah pertandingan kuiz, pembentangan belanjawan daripada bendahari PPIM, dan juga perlantikan ahli jawatankuasa PPIM yang baru bagi sesi 2011/2012.

Antara objektif program tersebut adalah untuk memupuk rasa cinta terhadap rasulullah saw di samping menghayati perjuangan yang telah dilakukan oleh baginda serta para sahabat.

Di sini penulis meninggalkan satu persoalan untuk para pembaca hayati..

“Sekiranya Rasulullah ada bersama kita sekarang, apakah yang akan kita lakukan ?”

Wallahu’alam

Russia Winter Gathering 2011 February 18, 2011

Posted by Muslim Student Network in Aktiviti, Dunia Islam, Jaringan, Kursk, Moscow, Nizhny, St Petersburg, Volgograd.
4 comments

Assalammualaikum wbt

Program Jaulah Syitawiyah (Winter Gathering atau pun зимний отпуск (dalam bahasa Rusia) kali ini telah diadakan di Russia. Program yang berlangsung pada 28hb Januari sehingga 30hb Januari telah mengumpulkan seramai hampir 50 pelajar dari lima lokaliti yang berbeza iaitu Moscow, St Petersburg, Nizhny Novgorad, Volgograd dan Kursk. Kesemua daripada mereka yang menyertai Winter Gathering ini terdiri daripada pelajar-pelajar yang mengambil bidang perubatan dan Kejuruteraan.

Winter Gathering yang diadakan pada setiap tahun ini memberi peluang kepada mereka untuk berehat dan menenangkan fikiran setelah mengharungi minggu-minggu peperiksaan di samping menambah kefahaman dalam ad-deen dan berpeluang untuk merasai kelazatan dan manisnya ukhuwah sesama saudara seakidah.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan (seperti yang dipaparkan dalam video di atas). Antaranya ialah Taaruf Game, di mana para pelajar dikehendaki memperkenalkan diri melalui pantun. Aktiviti ini ternyata menambahkan keunikan dalam winter gathering kali ini. Walaupun kesemua mereka adalah pelajar aliran sains, namun masih mempunyai bakat dan kreativiti masing-masing dalam menyampaikan pantun ketika memperkenalkan diri masing-masing. Aktiviti luar juga tidak kurang hebatnya. Dalam keadaan suhu yang ekstrim, masih lagi tergambar keceriaan pada wajah mereka dalam aktiviti meluncur (snow game yang dijalankan. Aktiviti lain yang turut dijalankan adalah makan bersama-sama dalam satu dulang, sesi sharing and caring.

Meskipun aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang Зимний отпуск berbentuk games tetapi aspek kerohanian tidak diabaikan.

Pembaca pasti tertanya-tanya mengapa winter gathering kali ini dinamakan зимний отпуск?

Зимний bermaksud winter @ musim sejuk, manakala отпуск membawa maksud cuti pendek. Dari segi bahasa отпуск terdiri daripada dua patah perkataan yang berbeza iaitu от membawa maksud from @ dari dan пуск membawa maksud start @ mula. Jadi jika digabungkan от dan пуск akan memberi maksud from the beginning atau dari mula / titik mula.

Зимний отпуск memberi pengharapan kepada para peserta agar para peserta dapat meneruskan perjuangan mereka di bumi soviet yang sentiasa menguji ketahanan fizikal mahupun mental. Harungilah cabaran tersebut dengan niat yang jelas dan ikhlas kerana Allah insyaAllah.

Akhir kata, serangkap pantun buat pembaca sekalian.

Jauh mata memandang ,
yang terpandang hanyalah salji,
Indahnya ukhwah disandang,
Disandang hanyalah pada Ilahi.

Jazakumullahu khairan katheera

Wow ! Amazing ! October 21, 2010

Posted by Muslim Student Network in Advertistment, Aktiviti, Dunia Islam, Moscow.
add a comment

Assalamualaikum to our brothers and sisters in islam..
May Allah strengthen our faith, our imaan.

An advertisement for you !


Kinda cool !
For your information, the 11th Moscow International Al-Quran Recitation Contest will be held in Moscow, Russia on 24th October 2010. Yes, it’s just around the corner = )

For those who are interested, you can get the tickets at the mosque “Prospekt Mira” (Available at the nearest Kiosks)

Here are the details of the event.

Date : 24th October 2010
Day : Sunday
Time : 1430
Ticket price : ONLY 200 Roubles
Venue : Концертный зал ‘Космос’ (Hotel “KOSMOS”)
Metro Station : VDNK (orange line)

May Allah bless our effort !
It might be one of the unforgettable moment in our life

Spread this advertisement among your colleagues

Thanks for your time reading this. and Jazakumullahu Khairan Katheera

Sudah puaskah beraya? October 9, 2010

Posted by Muslim Student Network in Aktiviti, Dunia Islam, Moscow, Tazkirah.
add a comment

Hujan penghujung musim luruh turun lagi. Hari ini hari Syawal yang terakhir. Semua apartment di Moscow yang diduduki oleh pelajar Muslim Malaysia telah habis diserangnya – baik jemputan open house mahupun lawatan mengejut tanpa undangan, Ayyash memang muka tembok. Turut tak terlepas, rumah mana-mana uncle auntie kakitangan kedutaan.

Dari sekecil-kecil kuih tat nenas, hingga sebesar-besar cup cakes. Dari sepedas-pedas ayam masak merah hingga ke selemak-lemak kuah lodeh. Dari sepanas-panas air teh Camomile cap Greenfield hingga ke sesejuk-sejuk air sirap lemon ais. Semuanya telah masuk dan keluar dari system pencernaannya dalam masa sebulan Syawal.

Keropok Lays dikunyah malas sambil meng-scroll page facebook. Sekejap, menconteng wall orang. Sekejap, meng-comment status orang, Sekejap, meng-stalk photo album orang. Sekejap, melayan FB Chat. Vicious cycle itu diulang-ulang. Hinggalah, dia ternampak link yang di-post entah siapa-siapa – video Palestin. Ramai orang komen itu ini pada link itu.
Play. Tanpa disedari, air matanya mengalir menonton derita penduduk Kota Suci itu. Bulu romanya meremang dengan rasa geram ingin membantai musuh. Arrgghh!!!

Hujan penghujung musim luruh turun lagi. Hari ini hari Syawal terakhir. Alhamdulillah, puasa enam telah selesai sebelum Syawal menjengah hari yang ke-10. Bahkan, ini lah Syawal pertama yang disambut dengan tangisan kerana terpaksa meninggalkan Ramadhan.
Usai tadabbur, al-Quran terjemahan diletakkan di tepi laptop. Urusan-urusan perlu diselesaikan. Dengan bismillah, dia mulakan. Setiap bulan, inilah yang dia nanti-nanti – memindahkan wang secara online untuk anak angkatnya. Ya. Anak angkat. Biar tak pernah ketemu dengan anak angkatnya itu, sering anak itulah yang sentiasa dia doakan agar bisa diwakafkan untuk perjuangan deen ini. Anak ini lah yang sering dia doakan keselamatan dunia akhirat. Anak inilah yang menyebabkan pagi-pagi lagi Ayyash sudah membaca berita. Buat setengah-setengah orang, kematian di belahan bumi Palestina hanya sekadar angka, tapi tidak buat dia.

Kau kenal siapa Ayyash? Dia bukan lah Muhammad Ayyas watak utama novel Bumi Cinta tulisan Habiburrahman el-Shirazy. Dia juga bukanlah Yahya Ayyash yang mendapat julukan the Engineer kerana menjadi mastermind Hamas di sebalik operasi mengebom Yahudi celaka.

Ayyash ini adalah kita. Ya. Kita. Setiap seorang dari kita mampu menyumbang secara aktif untuk Palestina. Hanya dengan RM170 sebulan, kita boleh membantu kelangsungan hidup seorang calon mujahid-mujahidah Palestina. Maka, terpulang…

Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah [di jalan Allah] sebagian dari hasil usahamu yang baik-baik dan sebagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu… . (267) Syaitan menjanjikan [menakut-nakuti] kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan [kikir]; sedang Allah menjanjikan untukmu ampunan daripada-Nya dan karunia (268)

[Surah al-Baqarah]

Kepada sesiapa yang tekad meneruskan legasi Ayyash al-Muhandis si pejuang Palestina : sila layari laman ini http://aqsasyarif.com/tajaan/

Promosi Summer Camp Russia 2010 May 24, 2010

Posted by Muslim Student Network in Aktiviti, Kursk, Moscow, Nizhny, St Petersburg, Volgograd.
Tags:
12 comments

(post ini telah ditetapkan sebagai sticky post. sila scroll ke bawah untuk artikel-artikel terbaru dari kami)

Program Summer Camp Russia 2010 kembali lagi sempena cuti musim panas yang akan datang.

Video REHLAH KITA 2010 May 15, 2010

Posted by Muslim Student Network in Aktiviti, Moscow.
add a comment

Mini-Drama dari Dilubda yang sentiasa kita nantikan.

Sebiru Hari Ini May 13, 2010

Posted by Muslim Student Network in Aktiviti, Moscow.
Tags: ,
add a comment

sebiru hari ini..
indah-indah saja..

salam ukhwah salam permulaan
salam erat-genggam juga perpisahan..

sebiru hari ini..
walau seribu halangan-rintangan..
seribu juga yang datang..
atas satu syahadah

kebersamaan kami yang satu..
insyaAllah.

sebiru hari ini..
”oh kasut ini tapaknya haus..pengembara mungkin?”
”kasut ini agak trendy dan brandy..orang kaya-kaya kita?”
”kasut ini..kemas!..tiada rumput..mungkin orang yang mengikut undang-undang..”

kreatif..aku suka!..
sesi ta`aruf yang unik..

meski kenal sekejap itu nama..
akan pasti muka-muka ini dirakam jelas dalam kotak memori..

sebiru hari ini..
main kejar-kejar cuma..
biarlah kebudak-budakan..
kami cuma mesra-mesra saja..

riang ceria cara bersama kami.. (more…)

Rehlah Kita pada Musim Panas May 1, 2010

Posted by Muslim Student Network in Aktiviti, Moscow, Volgograd.
Tags: ,
5 comments

di Moscow:

Rehlah KITA kembali lagi sempena Victory Day pada 9 May 2010.

Jom bersama meriahkannya. Berseronok dan mengambil manfaat sambil merapatkan hubungan kita kerana Allah SWT.

Tarikh: 9 May 2010 (Ahad)

Masa: 1000-1400

Tempat: Park Sportivnaya

SEMUA MUSLIM BROTHERS DIJEMPUT HADIR !! AJAK MEMBER-MEMBER SKALI!

di Volgograd:

Tarikh : 10 Mei 2010 (Isnin)
Masa : 8.30pg
Tempat : Naberezhnaya,Volgograd
Aktiviti : Explorace, Mafia games, Kamer kata.., Bolos

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi naqib anda…

Program Solat Hajat 2010 April 28, 2010

Posted by Muslim Student Network in Aktiviti, Moscow.
add a comment

anjuran PPIM RSC Moscow