jump to navigation

Checklist September 5, 2011

Posted by imanzrashidi in Uncategorized.
add a comment

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, kita dipanjangkan umur untuk menjalani Ramadhan, merayakan hari raya (tahun ni, alhamdulillah ramai merasa beraya dengan keluarga c: ) dan memulakan sesi akademi 2011/2012. Ada yang akan menyambung pelajaran di Russia, dan ada juga yang BAKAL memulakan pembelajaran di Russia.

InsyaAllah kali ini kita akan buat checklist senarai “things-to-bring/do” untuk membantu adik-adik kita yang akan terbang merentasi benua menuju tanah Soviet – Russia. Barangkali, tulisan penulis agak terhad kerana bersandar pada pengalaman individual, maka kami mengalu-alukan anda – para pembaca untuk menambah/menolak/mencadangkan/membangkang mana yang perlu.

Things-to-do / things-to-bring

1. Pakaian.

– kuantiti : bergantung kepada individu seperti adakah anda cepat merasa bosan dengan baju yang sama (jika ya, bawa lebih), adakah anda malas untuk basuh baju atau hantar ke dobi (jika ya, bawa lebih) dan faktor-faktor lain

– jenis-jenis pakaian : pakaian untuk keluar/ke kelas, pakaian formal/kebangsaan untuk majlis-majlis rasmi, pakaian indoor/duduk di rumah (buat tidur, buat memasak), pakaian musim sejuk (pakaian untuk menghadapi cuaca extreme digalakkan untuk beli di russia sahaja. ketika fly, bawa yang simple-simple sahaja dan long john / thermal wear)

– shopping pakaian : boleh dibeli pada bila-bila masa. di russia juga terdapat ‘discount centers’ yang menawarkan barangan-barangan seperti Nike, Reebok, Adidas etc pada harga berpatutan. selain itu, lazimnya, barang-barang dijual dengan potongan harga pada winter sale yang bermula lebih kurang pada bulan disember.

– ciri-ciri pakaian : menutup aurat, tidak ketat, tidak singkat, tidak jarang. dengan mematuhi garis panduan pemakaian islami, anda boleh solat di mana-mana ceruk russia (terutamanya ketika kelas dan ketika keluar jalan-jalan atau shopping) tanpa memerlukan pakaian solat anda seperti telekung. anda hanya perlu ambil wuduk/tayamum, menghadap kiblat dan ya, SOLAT! (:

2. Dokumentasi

– gambar : sebahagian penaja ada menggariskan berpuluh-puluh keping gambar saiz pasport non-glossy. kedengaran agak tak munasabah. tapi, insyaAllah dengan bekalan gambar sebanyak itu, anda boleh berurusan dengan pihak-pihak berkaitan (seperti pejabat dekan dsb) untuk beberapa tahun tanpa perlu mengambil gambar baru! non-glossy diperlukan kerana kertasnya lebih kesat dan sebarang cop yang ditempek di atas gambar tidak mudah tertanggal.

surat sijil segala bagai : memandangkan setiap tahun, polisinya dan keadaannya berbeza-beza, penulis tidak berani untuk menulis tentang hal ini. penulis menasihatkan bakal-bakal pelajar untuk merujuk sendiri kepada pegawai penaja/ejen anda.

nostrification (a process of granting recognition to a degree from a foreign university) : selalunya, untuk bakal-bakal pelajar baru, pihak penaja / ejen ada turut terlibat dalam menyelesaikan urusan ini. anda boleh bertanya mereka tentang progress nostrification anda. untuk pelajar-pelajar di Sechenov’s First Moscow State Medical Universty, anda boleh melayari website persatuan pelajar untuk mengetahui dengan lebih lanjut.(klik sini)

3. Urusan bank (pengalaman penulis terhad pada penggunaan Maybank)

akaun bank : rujuk penaja anda berkenaan akaun bank di russia. lazimnya, untuk pelajar MARA, elaun akan di-bank-in ke dalam akaun Maybank. di russia, anda boleh mengeluarkan duit menggunakan kad ATM maybank anda.

kad ATM maybank : untuk mengeluarkan wang anda di mana-mana mesin ATM di luar negara (baik di russia, germany, egypt dsb) kad ATM maybank anda perlulah diactivekan. (1) pergi ke mana-mana mesin ATM maybank di MALAYSIA. (2) pada screen, tekan other options sehingga anda bertemu menu  <PLUS activation> (3) aktifkan, dan kad bank anda sedia digunakan di mana-mana mesin ATM di seluruh dunia! selamat berjimat🙂

maybank2u : khidmat ini membolehkan anda melakukan urusan bank secara online seperti melihat baki dalam akaun anda, elaun sudah masuk belum dan memindahkan wang ke akaun lain. untuk tujuan ini, penulis secara peribadi lebih prefer untuk pergi ke mana-mana cawangan maybank dan berjumpa dengan pegawai untuk mengaktifkan khidmat ini yang melibatkan signing up as first time user, pendaftaran nombor telefon dan request TAC.

4. Ubat-ubatan & kesihatan

– sekiranya anda menghidap penyakit-penyakit kronik seperti asma, migraine, alahan dan lain-lain; rujuk doktor anda untuk mendapatkan ‘nasihat terakhir’ sebelum berlepas. dapatkan bekalan ubatan sebelum berlepas ke rusia. Pastikan anda tahu ubat-ubat yang diberi oleh doctor agar mudah untuk anda membelinya di Russia nanti.
– elakkan jatuh sakit di rusia.

5. Peralatan elektrik

– periuk nasi elektrik adalah antara perkara penting untuk dibawa. untuk memudahkan, anda boleh berpakat dgn beberapa orang kawan untuk share periuk di sana nanti
– adapter (penting & sangat bernilai)! di sana, plugnya 2 pin, manakala barang-barang elektrik dari malaysia (periuk nasi, laptop, charger, hairdryer) adalah 3 pin. anda tak perlu bersusah payah membeli adapter yang fancy-fancy harga puluh-puluh ringgit. cukuplah yang simple-simple. [pengalaman terakhir penulis membeli adapter adalah di mydin. penulis beli banyak-banyak terus🙂 ]

6. Makanan

– keperluan makanan dari malaysia adalah berbeza mengikut selera anda dan kepakaran anda memasak (lazimnya, waktu awal-awal fly ramai orang akan membawa perencah nasi goreng dan brahim’s.. tapi lama kelamaan, bila makin terel memasak, dah tak bawak perencah nasi goreng.)
– berikut adalah antara makanan-makanan yang mungkin sedikit sebanyak membantu anda untuk memilih makanan yang akan dibawa ke sana nanti

  • perencah nasi goreng (sesuai untuk beginner dalam bidang masakan, sesuai untuk dimasak ketika masa-masa kecemasan seperti ketika musim sibuk exam)
  • brahim’s (seperti di atas)
  • ikan bilis (seperti di atas)
  • megi (seperti di atas, dan juga kerana megi malaysia berganda jauh lebih sedap dari di russia)
  • santan serbuk (bersifat lebih ringan berbanding santan cecair. sangat sesuai digunakan ketika merindui masakan malaysia yang berlemak seperti kari, kurma, nasi lemak, rendang dsb.. jika santan habis, anda boleh menggantikan dengan susu yang banyak terdapat di rusia)
  • serbuk cili / cili kering (untuk memedaskan masakan, sangat perlu untuk membuat sambal)
  • serbuk rempah seperti rempah kari, kurma, sup etc (tak perlu bawa banyak-banyak. lazimnya, memang susah nak habis kalau bawa 1 paket besar. digalakkan untuk share bersama kawan-kawan)
  • perencah tomyam
  • asam jawa / asam keping (di rusia tiada)
  • condiments spt kicap & sos cili (di rusia, sukar dijumpai dan tak sesedap malaysia. untuk sos cili, boleh cari yang dijual dalam plastik dan untuk kicap, boleh ditransfer ke dalam botol plastik. ini dapat mengurangkan berat luggage)
  • bahan-bahan basah yang dirasakan perlu bergantung pada keperluan, kepakaran dan kehendak individu. yang sukar dijumpai di rusia adalah cili api, daun kari, daun pandan, daun limau purut, serai. (untuk bahan basah ini, pastikan semuanya tidak lembap, disimpan dalam bungkusan yang kemas dan sebaik tiba di hostel di rusia nanti, segera simpan dalam ruang beku peti sejuk untuk memastikan tahan lama)
  • lain-lain seperti belacan, tepung goreng KFC, ajinomoto dan sebagainya
– jangan risau jika anda belum mahir memasak. insyaAllah di rusia, anda ada banyak peluang untuk try & error.🙂
– jangan risau andai anda merasakan makanan yang anda bawa tidak cukup. bergembiralah dengan yang sedikit. allah itu ar-razzaq.
7. Alatan pembelajaran
– sebagai permulaan, anda digalakka membawa alat-alat tulis yang asas. sediakan juga buku-buku catatan..
– buku teks akan disediakan oleh pihak universiti
8. Keperluan beribadah
– ini adalah antara keperluan yang perlu untuk merantau jauh ke tempat orang. di rusia, tiada ibu bapa, ustaz-ustaz atau guru agama. yang ada hanyalah sesama kita. jadi persiapkan diri kita dalam kesemua aspek untuk menjadi Muslim 24-7.
  • al-quran beserta terjemahan. mengapa perlu terjemahan? agar anda dapat memahami isi kandungan al-quran itu. lebih molek, jika al-quran itu bersaiz mini. mudah dan ringan dibaca di mana-mana seperti ketika commuting ke kelas-kelas. al-quran terjemahan yang bersaiz mini kini terdapat banyak di pasaran dengan beraneka macam design🙂
  • buku zikir amalan harian. lazimnya, adalah ma’thurat. buku2 islami yang lain.
  • sejadah.
  • pakaian berkaitan. selain pakaian berkaitan seperti telekung, kopiah, kain pelikat; pastikan pakaian harian anda menepati ciri-ciri yang membolehkannya untuk dibawa solat.
  • kompas penunjuk kiblat
  • soft copy / apps – lengkapi laptop, mobile phone & gadget-gadget anda dengan apps berkaitan seperti islamic finder (waktu solat & azan), penunjuk kiblat, senarai Emulsifier yang haram, e-books buku-buku islami, mp3 al-quran + lagu-lagu kerohanian dan sebagainya
9. Kesediaan minda & jiwa
– berdoa agar Allah memberkati jalan hidup anda ini dan sentiasa menetapkan diri kita dalam keimanan
– set-kan dalam minda dan jiwa anda – kenapa aku ke russia? innamal ‘amalu bin niyat..
– mantapkan pengetahuan anda tentang islam sedalam mungkin sebelum ke sana. juga, anda boleh mengambil peluang ini untuk belajar lebih dalam tentang keindahan, praktikaliti dan fleksibiliti islam seperti ketika bagaimana untuk solat ketika bermusafir, ketika dalam kapal terbang, ketika musim sejuk dan sebagainya.
– hubungi teman-teman & saudara-mara. minta mereka doakan pemergian anda.
– dalami adab-adab bermusafir. antaranya, solat sunat musafir ketika dalam perjalanan
– dan, expect the unexpected.. ada banyak perkara yang Allah takdirkan untuk kita di russia nanti!😉
‘Allahu’alam.. Harap membantu..🙂

Di Bawah Lembayung Al-Quran April 22, 2011

Posted by Muslim Student Network in Kursk, Moscow, Nizhny, St Petersburg, Tazkirah, Volgograd.
add a comment

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt. Segala puji-pujian selayaknya buat Allah SWT, selawat dan salam buat kekasihNya Muhammad SAW, keluarga baginda dan sekelian umat manusia.

Alhamdulilllah, Alhamdulillah, Alhamdulillah…

“Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, Dia (Allah) memberikannya kefahaman dalam Ad-Din”

Moga Allah beri dan kekalkan kefahaman dalam memahami DinNya.

Persoalan-persoalan pokok seperti tujuan hidup, hakikat alam al-wujud, qada’, roh dan jasad telah berjaya dikupas dan dikongsi melalui daurah program pengisian bertajuk “Muqadimah fi zilail” pada 3 April lalu. Pengisian kali ini mengupas muqadimah (pendahuluan) dari kitab “Fi Zilal” (Di Bawah Lembayung al-Quran) tulisan cendekiawan Islam – Syed Qutb. Penulisan Syed Qutb ini memberi gambaran besar atau ide pokok tentang apakah sebenarnya yang cuba Al-Quran sampaikan kepada kita. Melalui pendedahan ini, diharapkan, para peserta mampu untuk memaknai dan menghayati setiap ayat sepanjang interaksi harian dengan Kitabullah – al-Quranul Karim.

Di Bawah Lindungan Al-Quran

Kesyukuran tidak terhingga dipanjatkan atas sambutan yang amat menggalakkan daripada kalangan Muslimah dari lokaliti yang berbeza. Memandangkan penyertaan yang besar, pihak penganjur telah mengambil inisiatif untuk mengadakan pengisian di lokaliti yang sama iaitu Hostel Spartiv, namun di 2 tempat yang berbeza. Walaupun tenaga kerja berganda diperlukan dengan 4 orang tenaga penyampai (2 orang penyampai bagi setiap lokasi), dan  ajk-ajk teknikal yang lain,  kelancaran program tidak terjejas, malah berjaya berlangsung mengikut perancangan awal.

Program bermula seawal 9 pagi dengan kehadiran para peserta. Usai sarapan, Fasa 1 bermula dan disampaikan oleh penyampai pertama. Fasa 2 disambung selepas makan tengahari dan solat zohor. Bagi memastikan program lebih lancar dan efektif, turut diselitkan perbincangan berkumpulan antara peserta dan fasi berdasarkan kesesuaian penyampai. Memandangkan Fasa 2 pada waktu petang, penyampai lebih selesa menerima soalan daripada peserta agar pengisian tidak terlalu rigid dan lebih kepada perbincangan dua hala.

Fasa 1 : bilik study

Alhamdulillah, program selesai pada pukul 4 petang. Walaupun setelah hampir 6 jam duduk mendengar dan menghadam, masih terpampang riak ceria dan keterujaan setelah mndapat pemahaman baru. Respon positif diterima berdasarkan maklum balas daripada para peserta.

InsyaAllah langkah susulan untuk melanjutkan lagi perbincangan mengenai tajuk ini akan diambil dalam perjumpaan kecil mingguan seterusnya. Ribuan penghargaan buat mereka yang telah berungkus-lumus menjayakan program kali ini. Moga Allah hitung dan memilih kita untuk ikhlas.

Allahu’alam.

– AJK media – 

Menjadi Rabbani April 6, 2011

Posted by Muslim Student Network in Uncategorized.
1 comment so far

Assalamu’alaikum wrt

كُونُواْ رَبَّـٰنِيِّـۧنَ بِمَا كُنتُمۡ تُعَلِّمُونَ ٱلۡكِتَـٰبَ وَبِمَا كُنتُمۡ تَدۡرُسُونَ

Hendaklah kamu menjadi orang-orang rabbani, karena kamu selalu mengajarkan Al Kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya. [3:79]

Sebagai Muslim yang tak reti berbahasa Arab, pemahaman kita terhadap al-Quran adalah terhad. Sementara kita berusaha untuk me”mantap-fasih”kan penguasaan bahasa Arab kita, kita boleh mengoptimakan alat bantu belajar yang boleh menambah pemahaman tentang al-Quran, dan tentunya menambahkan rasa seronok dan rindu untuk membaca al-Qur’an.

kakashi pun baca al-quran🙂

Antara yang mudah didapati, adalah podcast kuliah tafsir Juzu’ Amma dan surah-surah lain dalam bahasa Inggeris oleh Nouman Ali Khan. Surah-surah dikupas oleh beliau melalui sudut bahasa arab dengan cemerlangnya. [klik sini]

Selain itu, terdapat juga video rancangan Khawatir Quraniyah (The Quranic Contemplation) di Youtube, yang dihoskan oleh…

Amr Mohamed Helmi Khaled[1] (Arabic: عمرو محمد حلمي خالد‎) (born September 5, 1967) is anEgyptian Muslim activist and television preacher. The New York Times Magazine, in reference to Khaled’s popularity in Arab countries, described him in its April 30, 2006 issue as “the world’s most famous and influential Muslim television preacher.” Amr Khaled has recently been chosen as number 13 of the world’s most influential people by Time Magazine[2] and sixth most influential intellectual in the world by Prospect magazine. [from : Wikipedia]

Khawatir Qur’aniyah merupakan rancangan TV yang ditayangkan pada bulan Ramadhan. Setiap episod panjangnya kurang dari setengah jam, dan memfokuskan kepada “the big picture” atau tema pokok setiap surah dalam al-Quran. Ini memudahkan kita untuk “meng-ekstrak” pengajaran-pengajaran utama yang tersirat dalam setiap surah.

 

The big picture of each surah?

Berikut merupakan link video-video tersebut :

Semoga perkongsian ini dapat :

  1. menggelorakan keazaman untuk membaca al-Quran hari-hari
  2. meningkatkan pemahaman & amalan melalui bacaan al-Quran
  3. membantu kita berkongsi pengalaman kita bersama al-Quran dengan orang lain

Allahu’alam…

Sambutan Maulidurrasul March 7, 2011

Posted by Muslim Student Network in Advertistment, Aktiviti, Dunia Islam, Jaringan, Moscow.
add a comment

Kecintaan yang amat mendalam terhadap Rasul kesayangan, Muhammad SAW telah memanggil hati-hati pelajar-pelajar yang kini sedang menuntut di tiga buah universiti (MSMU, RSMU, MAI) untuk turut serta dalam sambutan Maulidurrasul yang dianjurkan oleh Persatuan Perubatan Islam Malaysia semalam, 6hb Mac 2011.

Program yang berlangsung selama hampir separuh hari tersebut telah memuatkan pelbagai aktiviti yang menarik. Antaranya ialah bacaan ayat-ayat suci Al-Quran daripada saudara Syafiq Khalil dan perkongsian mengenai konsep kewujudan rasul dan pengutusannya kepada manusia yang telah dihurai dengan baik sekali oleh saudara Nabil Halim, pelajar tahun ke-4 MSMU. Acara pada pagi tersebut dihiburkan dengan persembahan video temuramah beberapa orang pelajar daripada Kita Production.(pautan di bawah)

Tidak cukup dengan itu, acara berlansung dengan satu lagi persembahan filem pendek yang bertajuk “Aku juga sayang Rasul” hasil dari Kita Production (pautan di bawah)

Selain persembahan video, para peserta telah diperdengarkan dengan bacaan sajak yang amat indah, yang dibacakan oleh saudara Faiq Mukhtar. (pautan di bawah)

Antara aktiviti-aktiviti lain yang diadakan pada hari tersebut ialah pertandingan kuiz, pembentangan belanjawan daripada bendahari PPIM, dan juga perlantikan ahli jawatankuasa PPIM yang baru bagi sesi 2011/2012.

Antara objektif program tersebut adalah untuk memupuk rasa cinta terhadap rasulullah saw di samping menghayati perjuangan yang telah dilakukan oleh baginda serta para sahabat.

Di sini penulis meninggalkan satu persoalan untuk para pembaca hayati..

“Sekiranya Rasulullah ada bersama kita sekarang, apakah yang akan kita lakukan ?”

Wallahu’alam

Russia Winter Gathering 2011 February 18, 2011

Posted by Muslim Student Network in Aktiviti, Dunia Islam, Jaringan, Kursk, Moscow, Nizhny, St Petersburg, Volgograd.
4 comments

Assalammualaikum wbt

Program Jaulah Syitawiyah (Winter Gathering atau pun зимний отпуск (dalam bahasa Rusia) kali ini telah diadakan di Russia. Program yang berlangsung pada 28hb Januari sehingga 30hb Januari telah mengumpulkan seramai hampir 50 pelajar dari lima lokaliti yang berbeza iaitu Moscow, St Petersburg, Nizhny Novgorad, Volgograd dan Kursk. Kesemua daripada mereka yang menyertai Winter Gathering ini terdiri daripada pelajar-pelajar yang mengambil bidang perubatan dan Kejuruteraan.

Winter Gathering yang diadakan pada setiap tahun ini memberi peluang kepada mereka untuk berehat dan menenangkan fikiran setelah mengharungi minggu-minggu peperiksaan di samping menambah kefahaman dalam ad-deen dan berpeluang untuk merasai kelazatan dan manisnya ukhuwah sesama saudara seakidah.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan (seperti yang dipaparkan dalam video di atas). Antaranya ialah Taaruf Game, di mana para pelajar dikehendaki memperkenalkan diri melalui pantun. Aktiviti ini ternyata menambahkan keunikan dalam winter gathering kali ini. Walaupun kesemua mereka adalah pelajar aliran sains, namun masih mempunyai bakat dan kreativiti masing-masing dalam menyampaikan pantun ketika memperkenalkan diri masing-masing. Aktiviti luar juga tidak kurang hebatnya. Dalam keadaan suhu yang ekstrim, masih lagi tergambar keceriaan pada wajah mereka dalam aktiviti meluncur (snow game yang dijalankan. Aktiviti lain yang turut dijalankan adalah makan bersama-sama dalam satu dulang, sesi sharing and caring.

Meskipun aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang Зимний отпуск berbentuk games tetapi aspek kerohanian tidak diabaikan.

Pembaca pasti tertanya-tanya mengapa winter gathering kali ini dinamakan зимний отпуск?

Зимний bermaksud winter @ musim sejuk, manakala отпуск membawa maksud cuti pendek. Dari segi bahasa отпуск terdiri daripada dua patah perkataan yang berbeza iaitu от membawa maksud from @ dari dan пуск membawa maksud start @ mula. Jadi jika digabungkan от dan пуск akan memberi maksud from the beginning atau dari mula / titik mula.

Зимний отпуск memberi pengharapan kepada para peserta agar para peserta dapat meneruskan perjuangan mereka di bumi soviet yang sentiasa menguji ketahanan fizikal mahupun mental. Harungilah cabaran tersebut dengan niat yang jelas dan ikhlas kerana Allah insyaAllah.

Akhir kata, serangkap pantun buat pembaca sekalian.

Jauh mata memandang ,
yang terpandang hanyalah salji,
Indahnya ukhwah disandang,
Disandang hanyalah pada Ilahi.

Jazakumullahu khairan katheera

Sana Helwa Mariam December 14, 2010

Posted by Muslim Student Network in Dunia Islam, Sastera.
5 comments

Sana Helwa, Mariam, membawa kita ke bumi palestin. Membawa kita kepada pengharapan Mariam. Mariam, si anak kecil kepada bapanya. Pada hari lahirnya, rumahnya diserang peluru berpandu zionis, ketika sedang dia bermain gembira di dalam rumah, bapanya di luar bersama hadiah anak patung kecil, menunggu untuk mengucapkan selamat hari lahir. Aduh, anak kecil itu jatuh, aduh anak kecil itu hancur, sedang si bapa hanya mampu melihat.

Kematian Mariam ditangisi. Marah si bapa pada zionis hanya mampu dituju pada dinding pemisah, sayang si bapa pada Mariam hanya mampu dituju pada anak patung kecil dan itulah yang menyekat si bapa, menyekat daripada tercapai harapan Mariam.
Si bapa tersentak dengan ayat Allah,

‘Katakanlah “Jika bapa-bapamu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khawatirkan kerugiaannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya serta berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusan-Nya.” Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik.’
9:24

Di situlah perhitungan bapa, di saat itu si bapa membuat pilihan. Bukan kesedihan, bukan tangisan, bukan penyesalan, bukan duduk menahan geram. Aduh cantik sekali pilihan bapa, bukan cinta Mariam yang dilebihkan, tetapi itulah cinta Allah dan Rasul-Nya serta berjihad di jalan-Nya.

Indah sekali tika tangisan Mariam didengari dan pengharapan itu dilunasi. Itulah harapan Mariam. Harapan Mariam kepada kita. Kerana dia sudah, sudah lahir ke dunia abadi. Sedang kita masih di sini. Selamat hari lahir, Mariam.

could be Mariam

2 ‘W.IS.K’ dan 1 ‘W.A.W’ November 30, 2010

Posted by Muslim Student Network in Aktiviti.
1 comment so far

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Tuhan sekalian alam. Semoga takdir kami di ‘Bumi Cinta’ ini menemukan kami akan cinta hakiki . Cinta yang didamba oleh setiap orang yang mampu berfikir dan orang-orang yang diberi kebaikan oleh Allah.

 

Pada 21 Zulhijjah 1431 bersamaan 28 November 2011 iaitu pada hari ahad yang lepas, suatu program pencerahan untuk pelajar muslim telah diadakan. Program ini telah dikhususkan untuk pelajar-pelajar lelaki tahun pertama yang belajar di I.M. Sechenov First Moscow State Medical University, Russian State Medical University dan Moscow Aviation Institute. Program ini diadakan secara serentak iaitu pada hari yang sama, namun diadakan di lokaliti berbeza mengikut universiti masing-masing. Alhamdulillah, mereka yang dipilih Allah telah berjaya menghadirkan diri untuk program tersebut walaupun suhu pada pagi itu turun secara mendadak dan salji yang agak lebat pada malam sebelumnya.

 

Program yang tidak mengenakan sebarang yuran tidak lain hanyalah mengaharapkan keredhaanNya. Program yang telah diselang selikan dengan ‘talk’, makan dan m inum, solat berjemaah dan video-video menarik ini telah dinamakan mengikut lokaliti masing-masing seperti di bawah.

 

I.M. Sechenov First Moscow State Medical University : Who IS Kto?


 

Russian State Medical University : Who IS Kto?


 

Moscow Aviation Institute : Who Are We?


 

 

Pastinya anda tertanya-tanya mengapa semua program itu dimulakan dengan ‘Who’?  Apakah maksud ‘Kto’ itu? Adakah perkataan ‘IS’ juga mempunyai maksud tersendiri? InsyaAllah, semuanya terjawab bagi mereka yang menghadirkan diri.

 

Semoga KITA berjumpa lagi….

 

Meluruskan orientasi November 5, 2010

Posted by Muslim Student Network in Uncategorized.
2 comments

Bismillahirrahmanirrahim.

Beberapa tahun yang lalu, terjadilah sesuatu yang luar biasa dalam sistem sosial kita. Saat berdandan (grooming) atau peka jenama (brand-consciousness) sering terkait dengan ciri-ciri feminin, tak semena-mena ia sudah menjadi definisi untuk laki-laki. Dan pada 1994, Mark Simpson – seorang jurnalis British memberi gelar baru kepada lelaki-lelaki yang punya sisi feminin ini sebagai pria-pria ‘metroseksual‘.

Metrosexual is a neologism portmanteau of metropolitan and heterosexual coined in 1994 describing a man (especially one living in a post-industrialcapitalist culture) who displays attributes stereotypically associated with homosexual men (such as a strong concern for his appearance), although he is not homosexual.

Demikian Wikipedia mendefinisikan apakah itu ‘metrosexuality‘. Ironinya, walau ada terkait dengan homoseksualiti, ikon metroseksual yang ditampilkan nyata tak diragui kelelakiannya. Dia adalah suami kepada wanita yang jelita (menurut neraca bukan Islami), bapa kepada 3 orang anak lelaki dan merupakan seorang  pemain bola sepak. Itulah dia Encik David Robert Joseph Beckham aka David Beckham.

Beckham & sons

Grooming, brand-consciousness, fashion-consciousness, shopaholics, bahkan ada yang sangat anti terhadap aktiviti sukan (sebuah trait yang nyata menyimpang dari Beckham). Demikian antara trait-trait feminin terkait pria-pria metroseksual. Merujuk kepada frasa English “Men are from Mars, Women are from Venus” – sebahagian pemuda punya alasan “Not all Martians play football“. “You never know what happened back in Martians. Some just didn’t turn out to be a true Martian“.

Walhal hakikatnya, penciptaan kita sama – dari Adam, dari tanah dan dari nutfah. Seperti mana sunatullahnya, setiap kerajaan ada masa naik dan turun. Begitu juga trend. Dan, kini the “in” trend adalah bukan metroseksual, tapi uberseksual. (A male who is similar to a metrosexual but displays the TRADITIONAL MANLY qualities such as CONFIDENCE, STRENGTH, and class – leaving no doubt as to his sexual orientation)

Lantas, ayuh punyailah sifat-sifat rijal yang seharusnya! Bukan kerana itulah the ‘in’ trend, tapi kerana itulah sifat-sifat yang telah dicontohkan Rasulullah saw, para sahabat dan mereka yang berada di jalan ini. Ya, jika luarannya sebagus Beckham, alhamdulillah, itu bonus. Namun apalah gunanya jika iman tidak sekacak luarannya.

Contohilah Salman al-Farisi, putera keluarga Majusi yang begitu dimanja-manjakan persis anak dara. Lalu, kerana naluri ingin mencari Tuhan yang begitu menggelorakan; Salman melepaskan diri dari kurungan keluarga, mengembara begitu jauh, hidup penuh susah-payah dan akhirnya perjalanan mencari kebenarannya berakhir dalam pelukan Rasulullah saw di kota Madinah!

Contohilah Mus’ab Umair, antara pemuda kota urban Mekah terkacak yang terkenal dengan perfume eksklusifnya. Dia pernah menjadi bicara hampir setiap gadis-gadis kota Mekah seperti mana layaknya hero Korea series di zaman sekarang. Lalu, kerana naluri keimanan yang membuak-buak, Mus’ab meninggalkan gaya hidup urban dan menjadi ar-rijal sejati. Hidup ‘bekas metroseksual’ ini berakhir dengan kecilnya kain kafan sehingga kakinya terpaksa ditutup dedaunan, lantas Rasulullah saw sendiri hiba menangisi akan Mus’ab Umair ra – syuhada’ Uhud.

Seperti mana jutsu 'Lightning Blade' milik Kakashi, biiznillah, akan kita sinarkan bumi ini dengan kilat-kilat hidayah

Ayuh, luruskan orientasi kita supaya menjadi ar-rijal yang sebenarnya dan akan kita terus gemakan doa pemuda-pemuda gua itu!

[Ingatlah] tatkala pemuda-pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua lalu mereka berdo’a: “Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami [ini]”. [al-Kahfi 18:10]

Allahualam..

Sampai Syurga October 24, 2010

Posted by Muslim Student Network in Advertistment, Aktiviti, Dunia Islam, Jaringan.
add a comment

Aku fahami aku bukan terbaik untuk dirimu
Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya satu hanya kamu

(Sampai Syurga oleh Faizal Tahir)

Demikianlah kita dengan Palestina. Kita fahami bahawa kita bukanlah yang terbaik untuk Palestina.
Demikianlah kita dengan Palestina. Sampai syurga kita menunggu-nunggu bebasnya Palestina.
Demikianlah kita dengan Palestina. Sampai syurga kita terus-menerus mencintai Palestina.
Demikianlah kita dengan Palestina. Hanya satu hanya Palestina.

Maka, ayuh! Apa tunggu lagi?! Kita punya kemampuan untuk membantu rakyat Palestina!!!

PROGRAM TAJAAN RAKYAT PALESTINA KELOLAAN AQSA SYARIF

1) Pilih anda ingin sertai program mana – TAJAAN KELUARGA ANGKAT PALESTINA atau TAJAAN ANAK YATIM PALESTINA.
Tempoh minimum penajaan adalah 1 tahun. Wang bantuan perlu disalurkan on monthly basis mengikut jumlah tertentu. Pihak pengurusan Aqsa Syarif akan menentukan keluarga angkat atau anak angkat anda, instead of anda memilih sendiri keluarga atau anak angkat.

• ANAK YATIM – wang bantuan bulanan adalah sebanyak RM170 (berubah mengikut kadar tukaran wang semasa). Dengan ini, anda menaja seorang anak yatim.

• KELUARGA ANGKAT – wang bantuan bulanan adalah serendah dari RM35 hingga mencecah RM35000 (dengan gandaan 35, iaitu RM35, RM70, RM105 dan seterusnya) . Anda boleh memilih sebanyak mana yang anda ingin sumbangkan setiap bulan sesuai mengikut kemampuan anda. Sesebuah keluarga memerlukan sekurang-kurangnya RM1500 sebulan, makanya wang yang anda sumbangkan akan dikumpulkan bersama penyumbang-penyumbang lain sehingga mencapai jumlah yang cukup lalu digunakan untuk menyara sebuah keluarga.

2) Anda boleh mengajak ramai orang untuk membentuk satu team dan berkongsi menaja.

Contohnya – anda & 3 orang roommates menaja seorang anak yatim. Atau, jika anda berada dalam organisasi tertentu seperti persatuan pelajar, persatuan perubatan dsb, anda boleh mengusulkan agar organisasi anda memperuntukkan wang untuk menaja.

3) Isi borang secara online.

(Sekiranya anda berkongsi dengan ramai orang untuk menaja (team), pilih satu individu daripada teammates untuk dijadikan sebagai penama ketika mengisi borang.)

• ANAK YATIM – Orphans Sponsored Form (AYP)
• KELUARGA ANGKAT – Affected Family Sponsored Form (KMP)

4) Sebaik sahaja anda submit borang, anda akan di-notify sekiranya permohonan anda berjaya. Save atau print butir-butir tersebut.

5) Seterusnya, anda boleh terus bank in duit ke akaun AQSA SYARIF.
Hantar e-mel notification kepada AQSA SYARIF setiap kali selepas sebarang transaksi dilakukan di alamat : admin@aqsasyarif.com

6) Anda perlu menunggu untuk beberapa tempoh (mungkin bisa mengambil masa beberapa minggu) untuk menerima butir lengkap mengenai anak/keluarga angkat yang anda taja.

7) Sebarang pertanyaan atau masalah boleh diajukan terus kepada pihak pengurusan AQSA SYARIF sepanjang anda menyertai program ini di alamat : admin@aqsasyarif.com

8) Sepanjang menyertai program ini dari awal tercetusnya niat, ikhlaskan diri. Istiqamah (konsisten) & itqan (professional seperti menepati masa untuk bank in kan wang bantuan dll). Berbahagialah kerana dalam ramai-ramai orang, Allah memilih anda untuk digerakkan hatinya agar ikut membantu Palestina.

Allahu’alam…

* PS : Lagu “Syurga Cinta” bukanlah Lagu Palestina. Klik untuk mendengar antara lagu-lagu Palestina

* PSS : Faizal Tahir adalah Duta Kempen Bebaskan Bumi Palestin Bersamamu TV3.

Wow ! Amazing ! October 21, 2010

Posted by Muslim Student Network in Advertistment, Aktiviti, Dunia Islam, Moscow.
add a comment

Assalamualaikum to our brothers and sisters in islam..
May Allah strengthen our faith, our imaan.

An advertisement for you !


Kinda cool !
For your information, the 11th Moscow International Al-Quran Recitation Contest will be held in Moscow, Russia on 24th October 2010. Yes, it’s just around the corner = )

For those who are interested, you can get the tickets at the mosque “Prospekt Mira” (Available at the nearest Kiosks)

Here are the details of the event.

Date : 24th October 2010
Day : Sunday
Time : 1430
Ticket price : ONLY 200 Roubles
Venue : Концертный зал ‘Космос’ (Hotel “KOSMOS”)
Metro Station : VDNK (orange line)

May Allah bless our effort !
It might be one of the unforgettable moment in our life

Spread this advertisement among your colleagues

Thanks for your time reading this. and Jazakumullahu Khairan Katheera