jump to navigation

Sambutan Maulidurrasul March 7, 2011

Posted by Muslim Student Network in Advertistment, Aktiviti, Dunia Islam, Jaringan, Moscow.
add a comment

Kecintaan yang amat mendalam terhadap Rasul kesayangan, Muhammad SAW telah memanggil hati-hati pelajar-pelajar yang kini sedang menuntut di tiga buah universiti (MSMU, RSMU, MAI) untuk turut serta dalam sambutan Maulidurrasul yang dianjurkan oleh Persatuan Perubatan Islam Malaysia semalam, 6hb Mac 2011.

Program yang berlangsung selama hampir separuh hari tersebut telah memuatkan pelbagai aktiviti yang menarik. Antaranya ialah bacaan ayat-ayat suci Al-Quran daripada saudara Syafiq Khalil dan perkongsian mengenai konsep kewujudan rasul dan pengutusannya kepada manusia yang telah dihurai dengan baik sekali oleh saudara Nabil Halim, pelajar tahun ke-4 MSMU. Acara pada pagi tersebut dihiburkan dengan persembahan video temuramah beberapa orang pelajar daripada Kita Production.(pautan di bawah)

Tidak cukup dengan itu, acara berlansung dengan satu lagi persembahan filem pendek yang bertajuk “Aku juga sayang Rasul” hasil dari Kita Production (pautan di bawah)

Selain persembahan video, para peserta telah diperdengarkan dengan bacaan sajak yang amat indah, yang dibacakan oleh saudara Faiq Mukhtar. (pautan di bawah)

Antara aktiviti-aktiviti lain yang diadakan pada hari tersebut ialah pertandingan kuiz, pembentangan belanjawan daripada bendahari PPIM, dan juga perlantikan ahli jawatankuasa PPIM yang baru bagi sesi 2011/2012.

Antara objektif program tersebut adalah untuk memupuk rasa cinta terhadap rasulullah saw di samping menghayati perjuangan yang telah dilakukan oleh baginda serta para sahabat.

Di sini penulis meninggalkan satu persoalan untuk para pembaca hayati..

“Sekiranya Rasulullah ada bersama kita sekarang, apakah yang akan kita lakukan ?”

Wallahu’alam

Russia Winter Gathering 2011 February 18, 2011

Posted by Muslim Student Network in Aktiviti, Dunia Islam, Jaringan, Kursk, Moscow, Nizhny, St Petersburg, Volgograd.
4 comments

Assalammualaikum wbt

Program Jaulah Syitawiyah (Winter Gathering atau pun зимний отпуск (dalam bahasa Rusia) kali ini telah diadakan di Russia. Program yang berlangsung pada 28hb Januari sehingga 30hb Januari telah mengumpulkan seramai hampir 50 pelajar dari lima lokaliti yang berbeza iaitu Moscow, St Petersburg, Nizhny Novgorad, Volgograd dan Kursk. Kesemua daripada mereka yang menyertai Winter Gathering ini terdiri daripada pelajar-pelajar yang mengambil bidang perubatan dan Kejuruteraan.

Winter Gathering yang diadakan pada setiap tahun ini memberi peluang kepada mereka untuk berehat dan menenangkan fikiran setelah mengharungi minggu-minggu peperiksaan di samping menambah kefahaman dalam ad-deen dan berpeluang untuk merasai kelazatan dan manisnya ukhuwah sesama saudara seakidah.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan (seperti yang dipaparkan dalam video di atas). Antaranya ialah Taaruf Game, di mana para pelajar dikehendaki memperkenalkan diri melalui pantun. Aktiviti ini ternyata menambahkan keunikan dalam winter gathering kali ini. Walaupun kesemua mereka adalah pelajar aliran sains, namun masih mempunyai bakat dan kreativiti masing-masing dalam menyampaikan pantun ketika memperkenalkan diri masing-masing. Aktiviti luar juga tidak kurang hebatnya. Dalam keadaan suhu yang ekstrim, masih lagi tergambar keceriaan pada wajah mereka dalam aktiviti meluncur (snow game yang dijalankan. Aktiviti lain yang turut dijalankan adalah makan bersama-sama dalam satu dulang, sesi sharing and caring.

Meskipun aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang Зимний отпуск berbentuk games tetapi aspek kerohanian tidak diabaikan.

Pembaca pasti tertanya-tanya mengapa winter gathering kali ini dinamakan зимний отпуск?

Зимний bermaksud winter @ musim sejuk, manakala отпуск membawa maksud cuti pendek. Dari segi bahasa отпуск terdiri daripada dua patah perkataan yang berbeza iaitu от membawa maksud from @ dari dan пуск membawa maksud start @ mula. Jadi jika digabungkan от dan пуск akan memberi maksud from the beginning atau dari mula / titik mula.

Зимний отпуск memberi pengharapan kepada para peserta agar para peserta dapat meneruskan perjuangan mereka di bumi soviet yang sentiasa menguji ketahanan fizikal mahupun mental. Harungilah cabaran tersebut dengan niat yang jelas dan ikhlas kerana Allah insyaAllah.

Akhir kata, serangkap pantun buat pembaca sekalian.

Jauh mata memandang ,
yang terpandang hanyalah salji,
Indahnya ukhwah disandang,
Disandang hanyalah pada Ilahi.

Jazakumullahu khairan katheera

Sampai Syurga October 24, 2010

Posted by Muslim Student Network in Advertistment, Aktiviti, Dunia Islam, Jaringan.
add a comment

Aku fahami aku bukan terbaik untuk dirimu
Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya satu hanya kamu

(Sampai Syurga oleh Faizal Tahir)

Demikianlah kita dengan Palestina. Kita fahami bahawa kita bukanlah yang terbaik untuk Palestina.
Demikianlah kita dengan Palestina. Sampai syurga kita menunggu-nunggu bebasnya Palestina.
Demikianlah kita dengan Palestina. Sampai syurga kita terus-menerus mencintai Palestina.
Demikianlah kita dengan Palestina. Hanya satu hanya Palestina.

Maka, ayuh! Apa tunggu lagi?! Kita punya kemampuan untuk membantu rakyat Palestina!!!

PROGRAM TAJAAN RAKYAT PALESTINA KELOLAAN AQSA SYARIF

1) Pilih anda ingin sertai program mana – TAJAAN KELUARGA ANGKAT PALESTINA atau TAJAAN ANAK YATIM PALESTINA.
Tempoh minimum penajaan adalah 1 tahun. Wang bantuan perlu disalurkan on monthly basis mengikut jumlah tertentu. Pihak pengurusan Aqsa Syarif akan menentukan keluarga angkat atau anak angkat anda, instead of anda memilih sendiri keluarga atau anak angkat.

• ANAK YATIM – wang bantuan bulanan adalah sebanyak RM170 (berubah mengikut kadar tukaran wang semasa). Dengan ini, anda menaja seorang anak yatim.

• KELUARGA ANGKAT – wang bantuan bulanan adalah serendah dari RM35 hingga mencecah RM35000 (dengan gandaan 35, iaitu RM35, RM70, RM105 dan seterusnya) . Anda boleh memilih sebanyak mana yang anda ingin sumbangkan setiap bulan sesuai mengikut kemampuan anda. Sesebuah keluarga memerlukan sekurang-kurangnya RM1500 sebulan, makanya wang yang anda sumbangkan akan dikumpulkan bersama penyumbang-penyumbang lain sehingga mencapai jumlah yang cukup lalu digunakan untuk menyara sebuah keluarga.

2) Anda boleh mengajak ramai orang untuk membentuk satu team dan berkongsi menaja.

Contohnya – anda & 3 orang roommates menaja seorang anak yatim. Atau, jika anda berada dalam organisasi tertentu seperti persatuan pelajar, persatuan perubatan dsb, anda boleh mengusulkan agar organisasi anda memperuntukkan wang untuk menaja.

3) Isi borang secara online.

(Sekiranya anda berkongsi dengan ramai orang untuk menaja (team), pilih satu individu daripada teammates untuk dijadikan sebagai penama ketika mengisi borang.)

• ANAK YATIM – Orphans Sponsored Form (AYP)
• KELUARGA ANGKAT – Affected Family Sponsored Form (KMP)

4) Sebaik sahaja anda submit borang, anda akan di-notify sekiranya permohonan anda berjaya. Save atau print butir-butir tersebut.

5) Seterusnya, anda boleh terus bank in duit ke akaun AQSA SYARIF.
Hantar e-mel notification kepada AQSA SYARIF setiap kali selepas sebarang transaksi dilakukan di alamat : admin@aqsasyarif.com

6) Anda perlu menunggu untuk beberapa tempoh (mungkin bisa mengambil masa beberapa minggu) untuk menerima butir lengkap mengenai anak/keluarga angkat yang anda taja.

7) Sebarang pertanyaan atau masalah boleh diajukan terus kepada pihak pengurusan AQSA SYARIF sepanjang anda menyertai program ini di alamat : admin@aqsasyarif.com

8) Sepanjang menyertai program ini dari awal tercetusnya niat, ikhlaskan diri. Istiqamah (konsisten) & itqan (professional seperti menepati masa untuk bank in kan wang bantuan dll). Berbahagialah kerana dalam ramai-ramai orang, Allah memilih anda untuk digerakkan hatinya agar ikut membantu Palestina.

Allahu’alam…

* PS : Lagu “Syurga Cinta” bukanlah Lagu Palestina. Klik untuk mendengar antara lagu-lagu Palestina

* PSS : Faizal Tahir adalah Duta Kempen Bebaskan Bumi Palestin Bersamamu TV3.

marathon September 17, 2010

Posted by Muslim Student Network in Jaringan.
add a comment