jump to navigation

MSN

Muslim Student Network atau MSN adalah jaringan yang menghubungkan para pelajar Muslim di Rusia. Jaringan ini mempunyai aspirasi dalam membentuk dan membina para pelajar Muslim Malaysia menjadi individu Muslim yang sejahtera akidahnya, shahih Ibadahnya dan sempurna akhlaknya.

MSN berperanan sebagai satu wadah dakwah dengan memberikan tumpuan dalam usaha membentuk individu-individu Muslim yang Soleh (baik) dan Musleh (membaikkan yakni, turut berdakwah) bagi menghasilkan Muslim Professional yang dapat mengangkat nama dan seterusnya mengembalikan semula kegemilangan serta martabat Islam pada masa hadapan.

Segala aktiviti dan program yang dirancang di seluruh Rusia ini mempunyai matlamat dan objektif yang jelas supaya dapat merealisasikan misi jaringan para pelajar Muslim ini.

Misi dan Visi

%d bloggers like this: