jump to navigation

Sudah puaskah beraya? October 9, 2010

Posted by Muslim Student Network in Aktiviti, Dunia Islam, Moscow, Tazkirah.
add a comment

Hujan penghujung musim luruh turun lagi. Hari ini hari Syawal yang terakhir. Semua apartment di Moscow yang diduduki oleh pelajar Muslim Malaysia telah habis diserangnya – baik jemputan open house mahupun lawatan mengejut tanpa undangan, Ayyash memang muka tembok. Turut tak terlepas, rumah mana-mana uncle auntie kakitangan kedutaan.

Dari sekecil-kecil kuih tat nenas, hingga sebesar-besar cup cakes. Dari sepedas-pedas ayam masak merah hingga ke selemak-lemak kuah lodeh. Dari sepanas-panas air teh Camomile cap Greenfield hingga ke sesejuk-sejuk air sirap lemon ais. Semuanya telah masuk dan keluar dari system pencernaannya dalam masa sebulan Syawal.

Keropok Lays dikunyah malas sambil meng-scroll page facebook. Sekejap, menconteng wall orang. Sekejap, meng-comment status orang, Sekejap, meng-stalk photo album orang. Sekejap, melayan FB Chat. Vicious cycle itu diulang-ulang. Hinggalah, dia ternampak link yang di-post entah siapa-siapa – video Palestin. Ramai orang komen itu ini pada link itu.
Play. Tanpa disedari, air matanya mengalir menonton derita penduduk Kota Suci itu. Bulu romanya meremang dengan rasa geram ingin membantai musuh. Arrgghh!!!

Hujan penghujung musim luruh turun lagi. Hari ini hari Syawal terakhir. Alhamdulillah, puasa enam telah selesai sebelum Syawal menjengah hari yang ke-10. Bahkan, ini lah Syawal pertama yang disambut dengan tangisan kerana terpaksa meninggalkan Ramadhan.
Usai tadabbur, al-Quran terjemahan diletakkan di tepi laptop. Urusan-urusan perlu diselesaikan. Dengan bismillah, dia mulakan. Setiap bulan, inilah yang dia nanti-nanti – memindahkan wang secara online untuk anak angkatnya. Ya. Anak angkat. Biar tak pernah ketemu dengan anak angkatnya itu, sering anak itulah yang sentiasa dia doakan agar bisa diwakafkan untuk perjuangan deen ini. Anak ini lah yang sering dia doakan keselamatan dunia akhirat. Anak inilah yang menyebabkan pagi-pagi lagi Ayyash sudah membaca berita. Buat setengah-setengah orang, kematian di belahan bumi Palestina hanya sekadar angka, tapi tidak buat dia.

Kau kenal siapa Ayyash? Dia bukan lah Muhammad Ayyas watak utama novel Bumi Cinta tulisan Habiburrahman el-Shirazy. Dia juga bukanlah Yahya Ayyash yang mendapat julukan the Engineer kerana menjadi mastermind Hamas di sebalik operasi mengebom Yahudi celaka.

Ayyash ini adalah kita. Ya. Kita. Setiap seorang dari kita mampu menyumbang secara aktif untuk Palestina. Hanya dengan RM170 sebulan, kita boleh membantu kelangsungan hidup seorang calon mujahid-mujahidah Palestina. Maka, terpulang…

Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah [di jalan Allah] sebagian dari hasil usahamu yang baik-baik dan sebagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu… . (267) Syaitan menjanjikan [menakut-nakuti] kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan [kikir]; sedang Allah menjanjikan untukmu ampunan daripada-Nya dan karunia (268)

[Surah al-Baqarah]

Kepada sesiapa yang tekad meneruskan legasi Ayyash al-Muhandis si pejuang Palestina : sila layari laman ini http://aqsasyarif.com/tajaan/

marathon September 17, 2010

Posted by Muslim Student Network in Jaringan.
add a comment

Aku bersama kawan dan sahabat September 17, 2010

Posted by Muslim Student Network in Sastera.
add a comment

aku?kawan?sahabat?

Aku musafir di perantauan,
Insan kerdil bernama hamba,
Lemah tidak berteman,
Memang adat hidup di dunia
Lahir ke dunia membawa tujuan,
Usai 18 tahun baru ku tahu,
Tidak terdaya pabila dipikirkan,
Namun ku gagahkan jua menyahut seruMu
Hari ini dalam sejarah,
Aku menangis entah mengapa,entah kenapa,
Ingin ku jerit walau tidak berhikmah,
KepadaMu jua aku berharap kau masih bersama
Kawan,
Kita bersatu kerna ciptaan manusia,
Rapuh nye matlamat tidak kemana,
Kau disisi ketika ku melangit,
Datang tsunami hilang kemana
Kawan,
Ku pujuk hati ini,
Memandangmu penuh simpati,
Memanggil-manggil ke bahtera Nuh,
Kekadang gagal kekadang berjaya
Kawan,
Kusangka cerah sampai ke petang,
Namun Allah penentu segala,
Kusangka kau juga dibahtera,
Rupanya tertinggal kerna leka
Sahabat,
Kita bersatu kernaNya,
Segala-galanya demi matlamat yang gah,
Kau disisi ketika ku melangit,
Datang bah masih bersama
Sahabat,
Ku pujuk hati ini,
Memandangmu mu umpama cermin,
Bergerak bersama biar penuh bahtera Nuh,
Kekadang timbul kekadang tenggelam
Sahabat,
Kusangka laut tenang aman,
Namun Allah lebih tahu ciptaanNya,
Kusangka kau jauh ke depan,
Rupanya disini mengiringku
Aku,kawan,sahabat,
Jiwa sedih memikirkanmu,
Dimana silap langkah kerja ku,
Ku kembali ke hatiku,
Menjawab persoalan yg masih terbuku
Adakah aku tidak ikhlas,
Adakah aku malas,
Adakah aku sekadar melepas batuk ditangga,
Adakah aku……..
Bukan ku benci melihat kegiranganmu,
Bukan ku benci dirimu,
Bahkan aku rindu padamu,
Bahkan aku mahu bersamamu
Ku kembali lagi ke hatiku,
Membetulkan jalan niatku,
Satu pintaku padaMu,
Semoga kami masih dan akan di jalanMu.

Memoir Di Tanah Ditarbiyah September 2, 2010

Posted by Muslim Student Network in Artikel Pilihan, Tazkirah, Volgograd.
add a comment

Sebuah coretan khas buat kalian yang bakal memulakan semester baru di bumi Russia. Semoga menjadi bekalan yang menghidupkan hamasah yang hebat! (dipetik dari http://aizadiha.blogdrive.com/)

Dicatat sebagai peringatan aku kepada sebuah tempat yang mengajar aku tujuan hidup..

3tahun lepas yang saya tidak ingat tarikhnya, ketika itu senja baru berlabuh walaupun jam sudah menunjukkan 9malam..summer, lebih kurang tarikh macam sekarang mungkin. Hari hampir gelap tapi masih ada saki baki cahaya di kaki langit,ditambah pula dengan lampu jalan yang samar-samar.

Seorang sahibah teringin membeli air mineral, musim exam kan. Tanah pun dah lama tak dijejak, air masak di rumah tak bisa menghilangkan haus di tekak malah menyakitkan ada.  Tak jauh pun produkti (kedai runcit) tu, sekangkang kera je.. tapi hari pun dah gelap,risau pula beliau pergi sendiri.

“Tak apalah, meh saya teman”

Maka kami pun meredah kegelapan berdua..sampai depan produkti, aiseyh tutup pukul 9pm pula. “Tak apalah, jom kita jalan depan sikit.Sana ada supermarket”..

Nak dijadikan cerita, izin Allah…

Perjalanan pun jadi jauh sedikit, maka by the time kami berjalan pulang jarum pendek jam sudah menjejak di angka 10. Gelap sedikit. Melalui lorong depan apartment, kami berdua berborak sakan. Suara saya lah paling kuat,jalan pula di tengah-tengah macam jalan bapak dia punya,hehe..

Tiba-tiba,sahibah saya bersuara… “awak,tepi sikit. Ada orang nak lalu..”

Secara automatik kepala saya terpusing ke belakang, dari ekor mata berupaya menangkap sosok 5 remaja lelaki belasan tahun sedang jalan sebaris menutupi seluruh lorong. Terus saya bergerak sedikit ke tepi memberi  ruang. Berdebar sedikit, gaya mereka semua serba hitam.. jalan pula macam nak masuk gelanggang berjumpa musuh.Mereka terus mendekati sehingga betul2 dibelakang saya. Adus,cepatlah lalu..

Tiba-tiba. Terasa seperti bahagian hadapan baju saya direntap oleh tangan seorang lelaki. Badan saya ditarik dan dirapatkan ke badannya..saya keliru.Muka tertunduk sahaja sebab blur.Kemudian terdengar sahabat saya menjerit2 “jangan ambil dia!~” (kenapa bahasa melayu?) sambil cubaan merampas saya dari lelaki tadi. Terus, perbuatan tersebut menimbulkan kemarahannya..dan kesemua mereka berlima bergilir2 menumbuk,flying kick,back kick,side kick,scissors kick.. 2gadis berhijab yang tak berupaya buat apa-apa. Kami dibelasahi sampai terjatuh, suara tangisan terdengar tapi -apa mereka kesah? Paling jelas di ingatan saya suaranya menyebut “eta di tvoya strana!”  (it’s not your country!)..

Semuanya berlaku dengan cepat sekali.

Sedar-sedar,mereka berlima meninggalkan kami di atas tanah selepas seorang makcik tua berjalan ke arah kami. Saya ingat kena pergi hospital dah waktu tu. Habis laa.. masuk berita lah ni, patah riuk la aku ni, mati dah ke aku ni?

Ehe..alhamdulillah,alhamdulillah..Allah masih mempertahankan kami. Saya sedikit pelik waktu tu sebabnya, badan saya tak rasa sakit pun. Tak faham..tadi macam semangat je diorang mencurahkan tenaga. Selepas mengumpul kekuatan, kami berdua bangun menuju ke rumah..(lagi beberapa langkah sahaja ke depan pintu rumah). Kedua-dua terdiam tanpa kata. Naik ke atas, tanpa bertegur dengan housemates terus berdua masuk ke bilik air.. meraung! Oh, bukan sebab sakit, tetapi geram yang teramat sangat sebab kami dikalahkan tanpa diberi peluang mempertahankan diri! Al-maklumlah, kedua-dua pun ahli silat, jadi kekalahan tak masuk dalam kamus hidup kami (haha,padahal banyak kali je lebam dan patah jari akibat sparing)..

Selepas menangis, tahulah saya. ketika dibelasah tadi..sahabat saya telah memeluk saya.. dan disebabkan diri ini agak kecil sedikit berbanding diri beliau yang tinggi..maka kurang lebih sepakan mereka tak hinggap pun atas badan saya yang berada dalam dakapan sahabat. Subhanallah..mulianya hatimu teman. Kesian dia, esoknya ke kelas dengan mata lebam sebelah (pernah ke budak perempuan mata lebam sebelah,hehe) dan sakit2 badan.

Begitulah cerita yang berlaku tidak berapa lama yang lepas. Ia tidaklah signifikan mana, bukan juga memoir buruk dalam hidupku sebagai perantau, kerana yang lebih penting aku ingin ceritakan di sini.. adalah mawar yang telah tumbuh dalam hatiku sebagai pengubat segala kesusahahan selama 6 tahun aku di sana. Mawar, yang tumbuhnya menghidupkan dan mendamaikan seluruh perasaan sesiapa yang merindui Allah..

Terasa dekat segala-galanya dengan aku. Kini, aku di airport menunggu masa untuk meninggalkan tanah soviet yang pernah mencatat sejarah paling indah dalam kamus kehidupan seorang Aizadiha… ye teman.. kini aku bergelar doktor, perjalanan hidup kini diteruskan bukan lagi di negara orang, tapi di tempat sendiri.Hrm, it’s not your country..

Masih panas jeritan itu di gegendang telingaku..

Kalaulah boleh aku katakan pada mereka-ya ini memang bukan negaraku, bukan tanah tumpah darahku.. tapi ini tanah kepunyaan Tuhanku (dan Tuhanmu), sedangkan tempat ditumbuk lagi dikenang,apatah lagi tanah ditarbiyah!

Negara rusia ini sudah lama sedih ok! Kerana kamu semua meng-komuniskan ia, kamu merosakkan muka buminya.. dengan hutan jahiliyyah, dengan lautan arak, malah menganggu alam ini bertasbih kepada Ilah al-wahid ketika kamu bising menyanyikan dan menarikan lagu2 iblis.

Alhamdulillah,islam telah hadir.. Allah menghantar tentera2nya dari bumi yang kecil (yang kamu tidak tahu namanya) Malaysia untuk mengislahkan tanah ini dan mengizzahkan islam di sini. Alangkah indah perancangan Allah.. 6tahun lepas ketika aku memijak bumi rusia ini, ia masih gersang dan islam masih asing.

Kini..subhanallah.. ramainya wanita muslimah berhijab! Ramainya para duat bertahan kemas hatinya dan teguh langkahnya. Oleh itu,kamu..yang memukulku 3tahun lepas.. bersedialah menerima cahaya islam yang bakal menerangi seluruh bumi itu nanti. Janji Allah yang pasti..dan aku akan tetap menyayangi tanah itu sebagai rumah keduaku, tempat berteduhnya anak-anakku tercinta  yang dahaga ilmu dan tarbiyah..

Adik-adik yang dikasihi..pelapis dakwah..

Baru 9jam meninggalkan kalian tapi hati ini sudah terlalu rindu. Banyak kali aku melayarkan sms pada adik2 ku sehingga ada yang bertanya “kenapa ni kak?Asik rindu je”

Rindu fillah.. rindu lillah.. hebatnya kuasa Allah yang menyatukan hati kita kemudian Dia pisahkan kita begini. Gambar2 kalian diulang-ulang lihat, video kita diulang2 tayang.. kalaulah boleh selamanya memeluk kalian dengan erat, akan akak buat. Tapi itu bukan kehendak Allah. KehendakNya,kita kembali ke tempat asal kita yang menjadi medan sebenar tanggungjawab pengkhalifahan ini. Adik-adik harus kuat, agar kami juga semakin kuat mendapat hamasah kamu semua..

yaAllah,,rindunya..

bumi itu kini sedang basah.. oh,aku rindu bau hujan itu. Status fb seorang adik “Di kala mereka pergi maka datanglah hujan berserta petir dan guruh..menyejukkan hari2 yang panas sebelum ini..”.. subhanallah.. rupanya alam turut bertasbih dan basah sepertimana basahnya mata2 kita hari ini kerana cinta yang menerbitkan halawatul iman..p/s:jangan disia2kan air mata itu!

Teringat hari2 kita berusrah..di Qalam,di restoran-yakitoriya..kazan…kolibri.., picnic di mamaev,di tebing Volga, petang2 bermain rollerblade dan frisbee, berendam dalam sungai Volga yang sejuk…  sambil mentadabbur alam dan membasahkan ruh..sebagai bekalan perjalanan yang masih jauh.

Terasa sangat bertuah kerana Allah memberi peluang untuk berkenalan dengan kalian semua..adik2 ku yang disayangi sepenuh hati. Kalianlah dorongan,kalianlah inspirasi. Teruskanlah apa yang sudah dimulakan agar rantaian tarbiyah ini terus bersambung hingga generasi seterusnya…dan seterusnya.

Adik-adik,

Jagalah Iman,jagalah ukhuwwah..dakwah kita,dakwah kasih sayang. Lantaran itu akak sangat sayang dengan kamu semua..berhenti menangis, kerana pertemuan & perpisahan kerana Allah itu sumber kekuatan orang berjuang. Bacalah quran selalu,kerana setiap kali itu kalian akan dapat semangat baru untuk meneruskan dakwah..

Salam penuh cinta,rindu dan kasih

All the Best! June 1, 2010

Posted by Muslim Student Network in Artikel Pilihan.
Tags:
1 comment so far

We warmly wish you

…Bittaufiq wannajah fil imtihan…

Hai manusia, sesungguhnya kamu telah bekerja bersungguh-sungguh menuju Tuhanmu, maka pasti kamu akan menemuinya (84:6)

~by Muslim Circle~

Tak Nak Rokok lagi ! May 29, 2010

Posted by Muslim Student Network in Artikel Pilihan.
Tags:
add a comment

-World No Tobacco Day is observed around the world every year on May 31-

Jangan merokok kerana banyak kesan-kesan buruk akibat dari tabiat merokok dan benda-benda yang berada di dalam rokok itu sendiri.

Adakah kita tidak mahu untuk sihat sepanjang hayat? Merokok meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda untuk mendapat 40 jenis penyakit serius seperti kanser paru-paru, penyakit jantung dan angin ahmar atau strok. Merokok boleh memberi kesan kepada hampir setiap organ dan tisu badan.

Mengapa saya harus berhenti merokok?

a) Merokok memberi keburukan kepada semua orang, sama ada dirinya sendiri mahupun kepada orang lain. Ia tidak memberi kebaikan kerana:

– Merokok memberi kesan buruk kepada orang di sekeliling anda terutama ahli keluarga.
– Ibu yang mengandung boleh melahirkan anak tidak cukup bulan, kurang berat badan atau mati selepas lahir.
– Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh menyebabkannya :

1) Sering sakit dengan mengalami batuk-batuk, selsema serta jangkitan telinga, hidung dan tekak.
2) Mengalami perkembangan paru-paru yang lemah
3) Mendapat asma


Apakah faedah yang diperolehi dengan berhenti merokok?

– Keputusan untuk berhenti merokok adalah untuk kebaikan diri sendiri dan kesihatan keluarga anda.
Faedah-faedah yang diperolehi dengan berhenti merokok ialah:

1) Panjang umur – Satu dari dua perokok akan mati lebih awal disebabkan penyakit berkaitan merokok. Merokok membunuh hampir 5 ribu rakyat Malaysia setiap tahun.

2) Mengelakkan dari bahan-bahan berbahaya – Asap rokok mengandungi hampir 4,000 bahan kimia dan 50 daripadanya boleh menyebabkan kanser.

3) Mencegah penyakit – Hampir 40 jenis penyakit yang berkait dengan merokok. Kanser paru-paru, sakit jantung, penyakit paru-paru yang kronik,strok dan ulser di bahagian lapisan kulit perut adalah antara penyakit-penyakit bahaya akibat tabiat merokok

4) Kehidupan yang lebih sihat – Mereka yang tidak merokok kurang mendapat batuk, selsema dan lain-lain penyakit pernafasan berbanding dengan perokok

5) Mencegah daripada mendatangkan keburukan kepada orang lain – bila anda merokok, ia memberi kesan kepada orang di sekeliling anda, di mana asap rokok tersebut boleh mendatangkan serangan asma dan lain-lain penyakit berkaitan dengan pernafasan (more…)

Ada Apa Dengan Usrah? May 27, 2010

Posted by Muslim Student Network in Artikel Pilihan.
Tags:
1 comment so far

Usrah. Satu perkataan yang tidak lagi ganjil di kalangan orang yang sudah terlibat dengan apa-apa persatuan atau gerakan Islam. Pernah suatu ketika dahulu ia merupakan satu perkataan yang menimbulkan bermacam-macam persoalan dan sesiapa yang mengikutinya dianggap sebagai orang-orang yang merancang kejahatan (baca: aktiviti underground). Mungkin juga sekarang, ada sesetengah tempat yang masih lagi mempunyai inersia yang sedemikian tetapi di kebanyakan tempat ia sudah menjadi satu perkataan yang lazim dan begitu sinonim dengan badan-badan Islamik.

Rehlah Russia

Gambar Hiasan (Source : IMAM Moscow)

Persoalannya, ada apa dengan usrah?

Buat mereka yang ada latar belakang Islamik, yang ibu bapa mereka giat di dalam aktiviti-aktiviti Islam maka mereka mungkin sudah mengetahui apakah usrah. Tetapi buat sebahagian besar dari yang lainnya itu, di tempat-tempat mereka mengenali wadah Islamlah tempat mereka mengenali apakah itu usrah. Itupun bernasib baik jika dipanggil sebagai usrah, adakalanya sesetengah tempat menggunakan nama-nama lain seperti Halaqah al-Qur’an (HAQ), Majlis Diskusi Pelajar (MDP) dan lain-lain lagi.

Bagi ramai, mereka memahami bahawa usrah itu adalah perjumpaan mingguan yang bertujuan untuk menambah ilmu pengetahuan dan meningkatkan iman di masa-masa yang lapang. Andaikata masa tersebut lapang, maka insya Allah dia akan menyertai. Tetapi jika ada hal lain, haa… “Saya fikir-fikir dulu ye bang?” biasa lah tu.

Tetapi…

(more…)

Pendaftaran Program Summer Camp Russia 2010 May 26, 2010

Posted by Muslim Student Network in Aktiviti.
Tags:
add a comment

(post ini telah ditetapkan sebagai sticky post. sila scroll ke bawah untuk artikel-artikel terbaru dari kami)

Pendaftaran bagi program Summer Camp Russia 2010 kini sudah dibuka buat sesiapa sahaja yang berminat. (asalkan anda seorang Muslim dan belajar di mana-mana universiti di Russia).

Jangan lepaskan peluang ini. Bilangan tempat adalah terhad. Tarikh akhir serah nama ialah pada 15 June 2010.

Sila daftarkan nama anda kepada wakil lokaliti masing-masing. (bagi para peserta dari St Petersburg dan Kursk yang berminat, sila hubungi wakil Moscow)

Moscow, St. Petersburg, & Kursk

  • Muhamad Syafiq Mohd Khalil (ifranqak@yahoo. co.uk, 89266901482)
  • Nadhirah Ahmad Fauzi (nescafe_hotchocqueen@yahoo.com, 89260026304)
Nizhny-Novgorod
  • Mohamad Mukhlis Bin Abd Talib (mks_best2003@ yahoo.com, +79200388186)
  • Saidatul Fatiha Binti Abd Ghafar (saigeniustkp@yahoo.com.my, +79202932022)
Volgograd
  • Ahmad Faiz Ahmad Tamidi (smart_epsilon@ yahoo.com, 89275011795)
  • Siti Nur Athirah Mohd Hamdan (cthirah89@yahoo. com, 89178363271)

Meruntuh dan Membina May 24, 2010

Posted by Muslim Student Network in Artikel Pilihan.
Tags:
2 comments

Bila hati berkata-kata…

“Islam itu bersifat meruntuh dan membina. Ia meruntuhkan kejahatan JAHILIYYAH dan kemudian ia membina kerikil TAUHID.Untuk menundukkan jahiliyyah, ia memerlukan senjata TARBIYYAH,”

“Untuk menggenggam TARBIYAH, memang tidak mudah, memang payah.”

“Biarlah orang kata jalan TARBIYAH itu lambat dan perlahan. Kerana jalan tarbiyah dan dakwah bukan seperti lebuh raya yang lebar dan selesa, apatah lagi ditaburi bunga. Tidak sama sekali!”

Bukan jalan mudah

“Oleh itu,jangan pernah mengalah. Kerana jalan tarbiyah  bukan jalan untuk kalah. Kita berada di jalan ini adalah untuk menang. Menang pada timbangan Allah.”

كَتَبَ اللَّهُ لاّغْلِبَنَّ أَنَاْ وَرُسُلِى إِنَّ اللَّهَ قَوِىٌّ عَزِيزٌ

(Al mujadilah: 21)

Allah telah menetapkan ” Allah dan rasul-rasulKu pasti menang. Sungguh Allah Maha Kuat, Maha Perkasa.

Promosi Summer Camp Russia 2010 May 24, 2010

Posted by Muslim Student Network in Aktiviti, Kursk, Moscow, Nizhny, St Petersburg, Volgograd.
Tags:
12 comments

(post ini telah ditetapkan sebagai sticky post. sila scroll ke bawah untuk artikel-artikel terbaru dari kami)

Program Summer Camp Russia 2010 kembali lagi sempena cuti musim panas yang akan datang.