jump to navigation

Sana Helwa Mariam December 14, 2010

Posted by Muslim Student Network in Dunia Islam, Sastera.
trackback

Sana Helwa, Mariam, membawa kita ke bumi palestin. Membawa kita kepada pengharapan Mariam. Mariam, si anak kecil kepada bapanya. Pada hari lahirnya, rumahnya diserang peluru berpandu zionis, ketika sedang dia bermain gembira di dalam rumah, bapanya di luar bersama hadiah anak patung kecil, menunggu untuk mengucapkan selamat hari lahir. Aduh, anak kecil itu jatuh, aduh anak kecil itu hancur, sedang si bapa hanya mampu melihat.

Kematian Mariam ditangisi. Marah si bapa pada zionis hanya mampu dituju pada dinding pemisah, sayang si bapa pada Mariam hanya mampu dituju pada anak patung kecil dan itulah yang menyekat si bapa, menyekat daripada tercapai harapan Mariam.
Si bapa tersentak dengan ayat Allah,

‘Katakanlah “Jika bapa-bapamu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khawatirkan kerugiaannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya serta berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusan-Nya.” Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik.’
9:24

Di situlah perhitungan bapa, di saat itu si bapa membuat pilihan. Bukan kesedihan, bukan tangisan, bukan penyesalan, bukan duduk menahan geram. Aduh cantik sekali pilihan bapa, bukan cinta Mariam yang dilebihkan, tetapi itulah cinta Allah dan Rasul-Nya serta berjihad di jalan-Nya.

Indah sekali tika tangisan Mariam didengari dan pengharapan itu dilunasi. Itulah harapan Mariam. Harapan Mariam kepada kita. Kerana dia sudah, sudah lahir ke dunia abadi. Sedang kita masih di sini. Selamat hari lahir, Mariam.

could be Mariam

Advertisements

Comments»

1. anonymous - December 15, 2010

actually video ni tak patut menang.
secara jujurnya video ni sangat menarik.
tapi syarat pertandingan 4 minit saja.
bila syarat pertandingan tak ditepati,
secara automatiknya tak layak untuk menang.
sekian, terima kasih

Hamba Allah yang seorang ini - December 16, 2010

Minta maaf, sekadar penjelasan.
Sebenarnya masalah 4 minit sudah pun diutarakan kepada pihak penganjur sebelum menghantar penyertaan dan dibenarkan.
Segala teguran amatlah dihargai.
Terima kasih.

2. pelajar - December 15, 2010

saya setuju dengan pandangan diatas.
tetapi, punyalah ramai hamba Allah di Moscow ini,
hanya hamba Allah yang seorang ini sahaja yang menghantar videonya.
maka, pihak penganjur tiada pilihan lain melainkan mengiktirafnya sebagai pemenang.
wallahualam.

3. kekura - December 17, 2010

syukur kerana Allah gerakkan hari dia untuk membuahkan tulus rasa hati dalam tayangan ini,

sungguh terasa getarnya waktu dapat memahami yg tersirat dari tersurat dengan hati tandus ini..

terima kasih juga pihak yg menganjurkan pertandingn ini,dapat kiranya initiate penghasilan karya meyentuh hati ini,,

4. Belfast - January 14, 2011

Salam…

Terbaik!

MasyaAllah, moga bumi itu kembali ke tangan kita ummat Islam sebagaimana kembalinya bumi itu ke tangan Umar Al-khattab…

Yang teringin anak nanti ada bakat sebegini, insyaAllah..
kerana berkata itu lebih mudah dari ber’amal.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: