jump to navigation

Либо так, или так… April 30, 2010

Posted by Muslim Student Network in Artikel Pilihan.
Tags:
trackback

Assalamulaikum warahmatullah w.b.t.

Winter dah tamat, bermulalah spring… 🙂

Teringat satu hadith riwayat daripada shahih Bukhari,

“Sesiapa yang diuji dengan anak-anak perempuannya, kemudian dia dapat mengasuhnya dengan baik, maka anak-anak perempuannya akan menjadi tirai yang menghalangnya daripada api neraka.”

Wah, tiba-tiba terasa perempuan ni begitu best & special yang mana andai seseorang itu dikurniakan seorang anak perempuan lalu dididiknya anak itu dengan baik, maka anak itu mampu menghalang mereka daripada dijilat api neraka. Dalam erti kata lain, andai ibu bapa kita mampu jaga kita, adik-adik perempuan or kakak-kakak kita dengan baik, kita & mereka ni dapat selamatkn mak ayah daripada neraka tau!

Sampai macam tu sekali Allah mengangkat martabat anak perempuan ni. Bestnya, sebelum ni tak pernah tau pun hadis ni! Tapi kalau difahami dengan lebih mendalam, Rasulullah s.a.w kata anak perempuan itu hanya boleh selamatkan ibu bapa mereka daripada neraka andai mereka asuh anak perempuan mereka elok-elok…

Fikir-fikir balik, dah cukup elok dah kan mak dan ayah kita jaga kita kan?


Daripada kecil sampailah besar, mak ayah kita mengajar kita kenal Allah dan Rasul, ajar kita bersopan dengan orang tua, ajar kita hormat guru, berbuat baik dengan orang-orang lain, ajar solat, puasa dan ibadah-ibadah asas wajib seharian… Semua itu mak ayah kita dah ajar, malah hantar ke sekolah suruh belajar yang biasa sebelah petangnya ke kelas Fardhu ‘ain. Hari minggu pulak pergi belajar mengaji dengan tok guru kampung sebelah (tak pun kalau up sket, tok guru datang rumah), bayar kelas tution lagi…

Semua itu demi kebaikan dunia dan semestinya akhirat kita.. Bestnya mak ayah kita!!! 😀 😀 😀

Tapi, kita pulak macam mana? Bila dah duduk jauh daripada mak ayah ni, kita conteng arang muka mereka dengan sikap-sikap kita yang andai mereka tahu, masyaAllah ‘aibnya mereka dan tak tau nak sorok muka kat mana. Solat kita entah ke mana, aurat kita tak dijaga, berpeluk-pelukan lelaki perempuan tanpa segan silu, duduk sebilik dengan bukan mahram, makan pakai  dan tidur sekali kat situ ala-ala mat saleh…

Apakah kita ni? Tak sedarkah sikap kita itu yang bukan setakat boleh menjatuhkan maruah diri sendiri dan keluarga, tapi silap langkah, boleh humbankan mak ayah kita ke dalam neraka… Seronokkah kita dengan kenyataan ni.? Turutkan sangat hawa nafsu kita, sambil-sambil menyapu bersih jalan menghantar mak ayah ke neraka?

MasyaAllah, tergamaknya kita nak buat macam tu. Astarghfirullah…

Tolonglah sahabat-sahabat… HENTIKANLAH semua ni. Kalau kita tak heran dengan syurga Allah, tak perlulah sampai kita MENGHERET sama ibu bapa kita ke neraka.

Jagalah martabat kita yang telah Allah angkat dengan tinggi itu…

Jangan kerana seorang lelaki, seorang perempuan itu sanggup menggadaikan maruah diri dan memalukan ibu bapanya.

Wahai lelaki-lelaki, nasihatilah diri dan perempuan-perempuan kamu dengan baik. Sesungguhnya kamu semua adalah ‘pemimpin’ kaum wanita, bukan ‘perosak’.

Andai dah hilang rasa segan pada Allah, tolonglah SIMPATI pada mak ayah kita… Sekarang, bila dah tau tentang ini, semuanya terserah kepada kita sahaja, Либо так, или так...

Fikirkanlah dengan serious, waras & bijak. Wallahua’lam..~

source: artikel risalah nawaitu PPIM Moscow

Advertisements

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: