jump to navigation

Syahadatain itu apa? April 23, 2010

Posted by Muslim Student Network in Artikel Pilihan.
Tags:
trackback

Apabila ditanya kepada saya apakah makna syahadatain? Saya cepat mengucapkan dua (2) kalimah syahadah, lalu memberikan makna 2 kalimah syahadah tersebut – “Aku naik saksi bahawasanya tiada Tuhan yang patut disembah melainkan Allah s.w.t dan aku juga naik saksi bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w itu adalah Pesuruh Allah”


Kata naqib saya, pengertian syahadatain itu sepatutnya tidak terhenti setakat itu sahaja. Kita seharusnya tahu mengapa pengucapan syahadah itu didahulukan oleh suatu rupa penafian terlebih dahulu kuasa-kuasa ghaib yang lain; sebelum kita beriktikad bahawa hanya Allah s.w.t sahaja sebagai Tuhan yang layak disembah, ditaati dan menjadi cita-cita tertinggi dalam penghidupan kita yang sementara ini.

Syahadain bermaksud syahadah tauhid; iaitu penyaksian kita bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah s.w.t. Syahadatain ini tidak sempurna melainkan perlu disertakan bersama dengan syahadah risalah; iaitu suatu penyaksian bahawa Nabi Muhammad s.a.w adalah utusan Allah s.w.t.

Tuntutan syahadatain ini tidak diberikan kepada bukit bukau, langit, haiwan, tumbuhan dan sebagainya. Tetapi, Allah s.w.t telah memberikan tuntutan ini kepada kaum manusia dengan melantik mereka menjadi pemimpin atau khalifahtuLlah fil ardhi. (2:30)

Perlantikan mereka ini telah diprotes oleh para Malaikat yang cukup patuh mengabdikan diri kepada Allah s.w.t kerana bangsa ini tentu akan membuat kerosakan dan saling berbunuhan di atas muka bumi kelak. Bangsa Malaikat lebih taat dan senantiasa bertasbih memuji kebesaran Allah s.a.w.

Allah s.a.w yang maha mengetahui telah memerintahkan Nabi Adam a.s menunjukkan kebolehan berfikirnya di depan para Malaikat. (2:31-32)

Memang Nabi Adam a.s berjaya menyebut semua benda yang ditanya dll. Disebabkan keistimewaan akal fikiran ini mendorong para Malaikat tunduk sujud kepada Nabi Adam a.s sebagai tanda hormat kepada kedudukan akal manusia; serta tanda taat pada perintah Allah s.a.w sendiri. (2:33)

Inilah darjat ketinggian manusia.

Darjat ini tidak sempurna kecuali manusia menunaikan hak-hak syahadatain itu sendiri. Darjat akal ini akan senantiasa mulia jika diikat pada tuntutan syahadatain.

Untuk mengabdikan diri kepada Allah s.a.w, para Rasul-Nya telah diutuskan. Rasulullah s.a.w menjadi teladan kepada kaum manusia untuk berfikir (33:21) dan menunaikan hak-hak kepemimpinan di atas muka bumi ini – Khalifah.

Jika kehidupan manusia hanya berpandukan pada akal semata-mata, sudah tentu kehidupan manusia itu akan dikuasai oleh nafsu. Apabila berlaku hal ini, syahadatain ini tidak lebih pada pengucapan atau pengikraran atau membenarkan dalam hati secara terpisah-pisah.

Implisitnya, lahirlah golongan yang fasik (lazim dalam maksiat), munafik (hipokrit), zalim atau sebagainya. Kemuliaan manusiawi mereka hilang kerana akal mereka tidak dipandu oleh suluhan hidayah Allah dan syahadatain sendiri.

Mereka inilah yang mungkin bergelar Islam dari segi nama – mahasiswa Islam, namun tidak menjadi aktivis Islam sebagaimana yang ditonjolkan oleh generasi syahadatain awal; iaitu para Sahabat Sabiqul Awwalin yang cukup redho dengan ketentuan Allah s.w.t dan mereka sendiri diredhoi oleh Allah s.w.t.

Mengapa terjadinya fenomena-fenomena sedemikian? Jawapannya adalah kerana mahasiswa Islam tidak memahami dan melunaskan tuntutan Syahadatain.

Memetik syarahan alMarhum Ustaz Sa’id Hawwa, sesungguhnya tuntutan syahadatain itu sebagai al-Usulu ath-Thalasah; iaitu Allah, ar-Rasul dan al-Islam.

Apa yang kita impikan adalah generasi syahadatain tersebut cukup dalam kefahamannya, cukup tinggi sifat keimanannya serta cukup kuat rasa iltizam mereka ini dalam memperjuangkan dakwah Islamiyyah bersama-sama Rasulullah s.a.w berbekalkan musohabat rasul fi sirahtihi (bersahabat dengan Rasulullah s.a.w melalui teladan sirah baginda s.a.w).

Mereka cukup berani menentang jahiliyyah – menyembah ausan (berhala), menjadi abdi sesama manusia, takut untuk mengambil risiko perjuangan dan ragu-ragu untuk mempersoalkan undang-undang adat yang zalim serta menyekutukan Allah s.w.t.

Keimanan yang kuat disebabkan hubungan langsung mereka dengan Allah s.w.t menjadikan mereka ini terus mengasak tembok-tembok jahiliyyah usang siang dan malam. Atas runtuhan Jahiliyyah inilah mereka mendirikan tuntutan syahadatain dan menjadi khalifahtuLlah fil ardhi.

Generasi syahadatain yang hilang hari ini patut dijelmakan kembali. Generasi mahasiswa hari ini seharusnya ditampar semula akal pemikiran mereka agar mereka tidak dibuai lagi oleh mimpi-mimpi indah.

Generasi mahasiswa hari ini seharusnya digoncang semula hati-hati mereka agar mereka terus yakin dan takut hanya kepada Allah s.a.w sahaja sehingga mereka berasa ranjau dan undang-undang zalim yang selama ini mencengkam aktivitisme mereka hanya sesuatu yang lemah.

Generasi mahasiswa hari ini seharusnya ditiup semula ruh kesedaran, kefahaman dan jihad dalam pembuluh darah mereka agar mereka hanya mengagong-agongkan keEsaan Allah (syahadat tauhid), menjunjung sunnah Rasulullah s.a.w (syahadat risalah).

Generasi mahasiswa hari ini seharusnya ditempa semula hati-hati mereka untuk melihat kezaliman kaum pemerintah; kemelaratan hidup rakyat marhaen; kesungguhan aktivis-aktivis yang berjuangan atas lantunan semangat semata-mata; hatta golongan-golongan yang salah tanggapan mereka tentang keadilan hak dalam Islam ini; – dengan penuh rasa belas kasihan; doa yang tidak putus-putus kepada Allah; serta ikhtiyar yang benar-benar datang dari hati ikhlas seorang daie.

Inilah sikap Rasulullah s.a.w dan para Sahabat Sabiqul Awwalin ketika berdepan dengan amukan Jahilliyyah suatu ketika dahulu. Rasulullah dan sahabt-sahabat r.a.hum ini cukup pengasih, sabar, tawaddu’, itqan, husn ad-Dzon, fathonah serta istiqamah meniti perjuangan Islam.

Dengan ruh syahadatain yang subur ini, mampu mengembalikan semula akal kehormatan manusia kepada fitrah dan terhapusnya thoghut-thoghut di maya pada ini.

Generasi inilah yang sedang ditunggu-tunggu oleh Umat dan jika kita tidak memenuhi cita-cita ini, Allah s.w.t tetap akan membangkitkan kaum lain (selain kaum mahasiswa Islam Malaysia) untuk merobah dunia.

Ayuh, mahasiswa Islam! Garapkan kefahaman. Kuatkan sifat juang. Yakin dan simpanlah satu cita-cita serta iltizam untuk melakukan perubahan. Perubahan aula (utama) adalah memahami tuntutan syahadatain.

Tidak lama lagi, kita akan melihat kesan perjuangan kita dan bantuan langsung daripada Allah rabbul jalil. Pendidikan Asas Perubahan! Kuasa Mahasiswa, Kuasa Perubahan! Allahu Akbar!!! -END

Advertisements

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: