jump to navigation

Kepentingan Mencari Yang Halal April 26, 2010

Posted by Muslim Student Network in Artikel Pilihan, Moscow, Tazkirah.
Tags:
trackback

Oleh: Pencinta Alam Sekitar

Salam wrt.

Terdengar khabar bahawa terdapat segelintir di antara kita yang kurang menitik-beratkan persoalan  makanan yang halal dalam kehidupan seharian kita di Russia. Memandangkan penulis merupakan warga M2, sengaja hendak ditegaskan bahawa apa-apa makanan yang berasaskan daging yang dibeli di mana-mana premis di universiti kesayangan kita itu most probably adalah either babi ataupun bangkai.  Harap maklum.

Memakan makanan yang halal sangat dititikberatkan oleh Islam demi menjaga kesucian jiwa. Sebab itu antara bab yang paling awal dalam pengajian ilmu fikah ialah bab thaharah (penyucian). Jiwa yang suci berasal dari fizikal yang suci juga supaya memastikan seorang manusia boleh berfungsi dengan optimum sesuai dengan fitrah dan amanah yang sudah Allah tetapkan untuk kita.

Dalil-dalil yang terdapat untuk menyokong hujah ini:

1)“Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa yang ada di bumi yang HALAL lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana Sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh Yang terang nyata bagi kamu”. (al-Baqarah: 168)

2) “Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, Iaitu yang HALAL lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah Yang kepadanya sahaja kamu beriman”. (al-Maidah: 88)

Dalam Hadis Rasulullah SAW juga menegaskan:

“Menuntut (mencari) yang HALAL adalah wajib ke atas setiap orang Islam”.
(Riwayat Imam ad-Dailami dalam Musnad al-Firdaus dari Anas r.a.. Menurut Imam as-Suyuti, hadis ini darjatnya hasan. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 5270).

“Mana-mana hamba yang tumbuh/membesar daging badannya dari makanan yang haram dan riba, maka api neraka lebih utama baginya”.
(Riwayat al-Hafidz Ibnu Mardawaih dari ‘Atak dari Ibnu ‘Abbas r.a.)

Nah, di sini sangat jelas bahawa mencari makanan halal itu adalah bukannya benda sunat yer rakan-rakan, tapi WAJIB. Diulangi~ WAJIB. Sebagai pelajar medic yang bijak-bijak belaka sudah tentu kita faham dan tau bahwa zat-zat yang diproses bukanlah akan keluar bersama-sama najis yang kita nyahtinjakan sahaja, tapi bakal menjadi serat dan fibers, component actin dan myosin dalam otot dalam badan kita. Lantas bagaimana lagi kita nak bersuci untuk beribadat kepada Allah kalau komponen badan kita sendiri pun berasal dari sumber najis?

Bila sudahlah komponen muscle fiber kita diragui status najis/bukan-najisnya, apalah nasib amal-amal yang kita buat untuk Allah yer. Hati kita sendiri macam mana pula. Sudah tentulah senang betul syaitan nak masuk. Bak kata Imam Ghazali, salur darah kita takkan pernah kosong. Kalau tak diisi dengan mengingati Allah, maka syaitanlah yang akan berenang-renang di situ. Dengan memakan makanan haram, kita buat open invitation pula kepada mahkluk-makhluk yang Allah laknat ini. Patutlah senang betul nak buat maksiat. Tak kisah pun pegang-pegang orang yang bukah mahram. Solat pun dah jadi macam hobi bila ada masa lapang sahaja. Begini rupanya modal insan kebanggaan negara Malaysia. Sungguh berkualiti.

Penulis faham bahawa mungkin ada yang akan mengemukakan alasan darurat di bumi Russia. Ketahuilah rakan-rakanku yang disayangi, penulis sebenarnya nak tergelak dengan kenyataan itu. Cukup jangan buat lawak, please. Darurat di sini bermaksud apa-apa keadaan yang boleh mengancam nyawa. Aduh, kalau setakat tak dapat makan shaurma yang tak lah sedap mana tapi mahal gila tu dikatakan mengancam nyawa, silalah malu dengan tahap pemikiran diri sendiri. Ada banyak lagi alternatif makanan lain yang boleh diperoleh sekadar mengalas perut sebelum kembali ke rumah untuk makan makanan yang lebih berat yang disediakan sendiri yang lebih diyakini mutunya. Kalau nak bagi alasan tak kenyang makan roti sikit-sikit maka nak makan shaurma juga, salahkan nafsumu itu.

Peristiwa bombing dalam metro tempohari sepatutnya mendekatkan kita dengan zikrul maut. Kenyataan life goes on as usual adalah sangat hampeh, cuma diungkapkan oleh orang-orang yang takbur tidak mahu mengambil pengajaran dan hikmah dari kejadian-kejadian yang Allah takdirkan berlaku. Ia sewajarnya mengingatkan kita maut tak mengenal tempat dan masa. Kalaulah ditakdirkan kita terkorban sewaktu sedang mengunyah sebiji shaurma berintikan bangkai, agak-agak Allah terima tak alasan kita saat bertemu denganNya nanti?

Wallahualam.

Klik sini untuk halalguide

Dan untuk makanan halal di Moscow, klik sini.

Comments»

1. umaralfateh - April 27, 2010

Salam alaikum.

1.Tahniah di atas teguran berani.

2. Mungkin akan datang, penulis boleh cuba melembutkan sedikit nada dalam bidang penulisan ini.

Bagi saya, ayat-ayat yang digunakan agak keras,sesuai digunakan untuk mereka-mereka yang pernah berada atau berada di dalam tarbiyah, tetapi jika target adalah masyarakat umum, ayat-ayat yang digunakan tidak berapa sesuai.

Ayat-ayat merendahkan manusia tidak sepatutnya digunakan ,contoh ,
a – (tak kiralah kawan kepada kawan korang yang konon-konon alim tu dah tanya tokey kedai sekalipun.)

b – penulis sebenarnya nak tergelak dengan kenyataan itu. Cukup jangan buat lawak, please.

Kalau nak bagi alasan tak kenyang makan roti sikit-sikit maka nak makan shaurma juga, salahkan nafsu beruangmu itu.

(ada beberapa lagi contoh, mungkin penulis lebih arif)

Terakhirnya, mohon maaf jika ayat2 yang saya gunakan tidak sesuai dengan kondisi saudara.

2. sepupu-umaralfateh_lan - April 27, 2010

Salam wrt.

Terima kasih buat penulis atas teguran ”direct” ala-ala Al-Maududi.
Jelas ketegasan saudara dalam menitikberatkan kepentingan mencari yang halal. Teruskan menulis untuk memartabatkan yang Haq, ketelusan islam dalam menjaga sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besarnya.

Kita mengambil kondisi rasulullah dalam berdakwah. Berbeza cara baginda mendekati sahabat-sahabat nya yang lain secara individu.
Ada yang secara tegas, ada yang secara sinis, ada yang secara lembut dan bermacam-macam lagi.

Alhamdulillah, sirah membuktikan usaha rasulullah melahirkan rijal-rijal islam yang hebat walau setelah baginda wafat.

Mungkin boleh diperbaiki masa akan datang dengan nada yang lebih umum, lebih sesuai dan mudah diterima oleh semua lapisan masyarakat.

Teruskan berusaha wahai saudara penulis, saudara seakidah sedarah islam ku. Carilah titik-titik sentuhan itu.
Teruskan menyentuh hati-hati ini dengan sentuhan tulisan mu.

Menulislah kerana Allah. Letakkan Allah di depan. Jangan biar nafsu memandumu.
Barakallah lakum.

Wassalam.

3. Pencinta Alam Sekitar - April 27, 2010

Wsalam wrt.

Terima kasih atas keprihatinan Encik Umar Al Fateh dan sepupu Encik Umar yang sudi berkongsi pandangan.

Ini merupakan kali pertama Pencinta Alam Sekitar menulis di ruangan ini. Penulis memohon maaf jika tak kena gaya dan menyakitkan hati mana-mana pihak. Mungkin sewaktu menulis penulis mengambil perspektif yang selfish dan tidak empathy dengan situasi pihak lain. Atas input dan feedback yang diberikan itu, insya Allah Pencinta Alam Sekitar akan terus mencuba memperbaiki mutu penulisan di masa hadapan supaya lebih berhikmah dan efektif dalam menyampaikan mesej.

Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: