jump to navigation

Doa Pelindung daripada bencana dalam al-mathurat March 29, 2010

Posted by Muslim Student Network in Artikel Pilihan.
Tags: ,
trackback

Assalamualaikum wbt,

Brothers dan Sisters terutamanya yang belajar di Moscow pasti masih merasai trauma dan kegelisahan kesan daripada peristiwa letupan bom di Metro Moscow pagi tadi. Manakan tidak, Metro adalah pengangkutan utama yang digunakan untuk ke kelas pada setiap hari.

Bertenang, Bersabar dan Jangan terlalu takut dan gelisah.

Selalu banyakkan berdoa, banyakkan berharap dan banyakkan bertawakkal kepada Allah swt. Moga Allah swt akan membantu kita semua dan dipermudahkan urusan harian kita dengan selamatnya.

Jadi, antara doa dan zikir yang dianjurkan untuk kita banyakkan boleh diambil daripada zikir-zikir al-mathurat seperti:

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِىلاَ يَضُرُّمَعَ اسْمِهِ شَىْءٌ فِى اْلأَرْضِ وَلاَفِى السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ

“Dengan nama Allah, yang dengan namaNya akan terhalanglah segala sesuatu di bumi dan di langit, untuk menimpakan bencana, dan Dia maha Mendengar dan maha Mengetahui”

a

أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ

“Aku berlindung pada kalimat Allah yang sempurna, daripada kejahatan apa-apa yang diciptakan”

Insya Allah. Semoga kita sentiasa dilindugi oleh Allah swt daripada bala bencana dan malapetaka sedemikian rupa.

Berikut adalah sedikit pengenalan kepada Al-Mathurat :

Al-mathurat (Al-Wazhifah Al-Kubra) mana merupakan zikir-zikir Rasulullah s.a.w. Zikir-zikir di dalam Mathurat sangat sesuai untuk diamalkan oleh setiap Muslim pada sepanjang waktu namun kebiasaanya di baca sesudah solat Subuh dan solat Asar.

Zikir al-mathurat dimulai dengan bacaan yg bermaksud “Aku memohon perlindungan Allah, yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui, daripada gangguan syaitan yang direjam”. Ayat ini membawa erti bahawa setiap insan harus menyerahkan diri kepada Allah sebelum melakukan apa-apa perkara sekaligus menunjukkan betapa besarnya harapan seorang hamba Allah dan berusaha untuk menghindarkan diri dari sesuatu yang menyesatkan.

Bacaan ummul kitab (al-Fatihah) dalam zikir mathurat merupakan satu bacaan Agung. InsyaAllah kita akan memperoleh pahala yg besar jika membaca dan menghayati isi kandungannya. Rasulullah s.a.w bersabda; “Demi Allah yang nyawaku di tangan-Nya,belum ada surah yg diturunkan di dalam Taurat, Injil, Zabur atau Furqan yang menandinginya. Dialah tujuh Mithani dan Quran yang agung yang diberikan kepadaku.”

Membaca surah al-Baqarah dalam zikir mathurat juga memperoleh pahala yang besar. Dari Ibnu Mas’ud, Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesiapa membaca sepuluh ayat dari surah al-Baqarah di awal siang nescaya ia tidak didekati oleh syaitan sampai petang, jika dibaca waktu malam nescaya syaitan tidak akan mendekatinya sampai pagi. Tidak akan dilihatnya apa-apa yang buruk menimpa keluarganya atau hartanya.” (Riwayat al-Darami dan Baihaqi)

Membaca ayat kursi juga boleh menghindari kita dari gangguan syaitan. Dari Ibnu Mas’ud sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: “Siapa yang membaca sepuluh ayat,ayat-ayat surah al-Baqarah,ayat kursi,dua ayat selepasnya dan hujung surah al-Baqarah nescaya syaitan tidak akan masuk dalam rumahnya sampai pagi” (Riwayat Tabrani dan Hakim)

Semua bacaaan dan zikir yang berada di dalam al-mathurat terdapat beberapa keutamaan yang dijanjikan Allah SWT terhadap utusannya Rasulullah s.a.w. Hanya insan yang mengetahui betapa besarnya nilai zikir dan doa dalam kehidupan seharian yang ingin menghayati dan mengamalkannya.

Semoga brothers & sisters semua mendapat petunjuk dan hidayah dari-Nya utk terus istiqomah dalam mengamalkan bacaan zikir al-mathurat ini. Amin ya rabbal ‘alamin.

**Download PDF Al-Mathurat di sini: mathurat

About these ads

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: